Cara Semak Saman Trafik, JPJ, Polis dan AES Guna Online dan SMS

Bagaimana cara semak saman trafik, JPJ, PDRM dan AES apabila dikenakan saman akibat membuat kesalahan di jalan raya seperti memandu kereta melebihi had laju dan sebagainya? Antara jenis-jenis saman yang dikeluarkan terhadap pengguna jalanraya dan pemandu kenderaan seperti saman Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan saman AES (Automated Enforcement System (speed trap).

 
Mengapa perlu bersusah payah keluar dari rumah dan menghadapi traffic jamserta sanggup beratur panjang di kaunter bayaran sedangkan semakan saman polis dan semuanya boleh dilakukan dengan cepat secara atas talian dan juga melalui perkhidmatan SMS yang disediakan, segalanya di hujung jari sahaja malahan anda juga boleh bayar saman online menggunakan kaedah perbankan internet melalui portal SSO PDRM, MyEG Online dan RILEK.
 
Cara Semak Saman Secara Online
 
Kemudahan perkhidmatan semak saman kereta, motor dan kenderaan kini lebih mudah kerana terlalu banyak cara untuk menyemak dan buat pembayaran saman di internet dengan menggunakan sistem semakan online PDRM untuk saman polis, JPJ dan AES. Sila check saman dan harga saman yang dikenakan supaya mudah untuk anda membayarnya nanti melalui kaedah yang anda pilih. Sebagai panduan, anda boleh mengikut cara dan langkah-langkah berikut yang dikongsikan untuk buat semakan.
 
A) MyEG Online
 
Melalui laman web MyEG online anda boleh semak saman yang dikenakan oleh JPJ, PDRM atau AES dan ikuti cara yang ditunjukkan seperti berikut:
 
Layari laman MyEG online www.myeg.com.my
 
Anda wajib membuat pendaftaran baru iaitu register sebelum menggunakan servis ini untuk kali pertama
 
Sila masukkan id atau nama serta kata laluan yang telah dibuat
 
Klik pautan e-Services pada paparan menu dan buat pilihan PDRM atau JPJ (Saman AES sila pilih JPJ)
 
Sila semak senarai saman anda dan seterusnya buat bayaran yang dikenakan
 
B) Check Saman JPJ
 
Melalui portal JPJ anda boleh menyemak saman online tanpa perlu buat pendaftaran, walau bagaimanapun, ianya untuk menyemak senarai saman yang telah dikeluarkan oleh pihak JPJ sahaja.
Klik ke pautan ini Semakan Saman JPJ
 
Sila klik pada pautan ‘Semakan Saman’ dan buat pilihan sama ada untuk carian menggunakan ‘NOMBOR ID SAHAJA ATAU NOMBOR ID DAN NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN. (No Plat)
 
Anda perlu memilih kategori ID
 
Sila isi NO ID dan Nombor Kenderaan diikuti dengan kod sekuriti yang dipaparkan (Captcha) Kemudian sila klik butang ‘Semak’. Senarai keputusan dan jumlah saman akan dipaparkan di bawah dengan tajuk Hasil Carian.
 
C. Rilek e-Services
 
Menerusi laman Rilek anda boleh menyemak saman polis trafik dan sebagainya. Jangan lupa double check selepas senarai saman dipaparkan.
 
Layari laman Rilek untuk Semak Saman PDRM secara online di www.rilek.com.my/users/login/rmp/summons-inquiry dan register jika anda belum mendaftar.
 
Masukkan nama dan kata laluan yang dibuat
 
Seterus klik pada menu ‘Search By’ dan sila buat pilihan cara semakan.
 
Isikan maklumat anda dan tekat butang ‘NEXT’.
 
Anda akan dapati jumlah saman yang dikenakan, selain boleh juga buat pembayaran saman segera di Rilek online yang berkerjasama dengan beberapa bank yang terlibat seperti MAYBANK, CIMB, BANK ISLAM, PUBLIC BANK dan lain-lain.
 
D. SSO PDRM
 
Sistem Semakan Online PDRM (SSO) dan Laman Interaktif Trafik dibangunkan oleh Polis Di Raja Malaysia untuk memudahkan orang ramai yang ingin menyemak status saman trafik, status report saman polis dan banyak lagi yang berkaitan. Untuk membuat semakan, anda harus mendaftar sebagai pengguna baru terlebih dahulu sebelum buat semakan. Sila layari portal SSO PDRM dan Laman Saman Trafik untuk keterangan lanjut.
 
1. Sistem Semakan Online
2. Laman Interaktif Trafik PDRM
 
Semakan Saman Melalui SMS
 
Perkhidmatan untuk semak saman melalui SMS dikenakan bayaran caj perkhidmatan sebanyak 15 sen bagi setiap penghantaran dan 20 sen bagi setiap penerimaan mesej pesanan ringkas ini. Sila ikuti cara untuk menyemak saman menggunakan SMS atau MySMS seperti berikut:
 
Cara Semak Saman PDRM Melalui SMS
 
 
Sila taip:
 
POLIS SAMAN [No Kad Pengenalan atau No kenderaan] pada telefon bimbit dan hantarkan SMS ke 15888 atau 32728.
 
Contoh:
 
POLIS SAMAN 860112025727 atau POLIS SAMAN WXY4321
 
Jika anda mahukan jawapan yang lebih terperinci, sila taip mesej seperti berikut:
 
POLIS SAMAN [No Kad Pengenalan atau No kenderaan] [email]
 
Dan hantarkan ke 32728. Semakan saman yang lengkap milik anda akan dihantarkan ke alamat email yang anda berikan.
 
Contoh:
 
POLIS SAMAN 860112025727 zianazain@gmail.com
 
Semakan Saman JPJ Melalui SMS
 
 
Sila taip
 
JPJ SAMAN [No IC/Kad Pengenalan atau No plat kenderaan] di paparan telefon bimbit anda dan hantarkan SMS tersebut ke 15888.
 
Contoh:
 
JPJ SAMAN 860112025727 atau JPJ SAMAN WXY4321