Malaysia Sedang Alami Panahan Kilat Lebih Kerap Dari Biasa Akibat Peralihan Monsoon

Malaysia sedang mengalami hujan lebat dan sambaran kilat lebih kerap bulan ini. Sehubungan dengan itu jabatan kaji cuaca menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan kilat apabila berada diluar kawasan rumah.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata ribut petir adalah kejadian biasa, tetapi ia boleh mengundang bahaya jika ia menghasilkan kilat.

Kebanyakan kes kematian dan kecederaan disebabkan sambaran kilat berlaku apabila mereka berada di luar kerana udara di sekitar sambaran kilat memanas sehingga 20,000 ‘c, lebih panas daripada permukaan matahari.

Berdasarkan laman web MetMalaysia, ribut petir boleh berlaku sepanjang tahun tetapi ia sering berlaku semasa peralihan monsun iaitu April-May dan Oktober-November.

“Di darat, ribut petir kerap berlaku pada waktu tengahari dan sebelah petang, manakala di laut, ia kerap berlaku pada waktu malam,” menurut jabatan itu.

Berdasarkan laporan oleh The Star, Malaysia merupakan salah satu negara paling banyak berlaku sambaran kilat di dunia.

Rakyat Malaysia harus memeriksa ramalan cuaca sebelum membuat aktiviti luar, ubah acara anda kedalam bangunan jika terdengar petir.

Hari ini, Tiga pemain futsal cedera akibat dipanah petir ketika menyertai perlawanan Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS) peringkat kebangsaan di padang Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, di sini petang tadi.

Unit Komunikasi Korporat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan hari ini, mengesahkan kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 4.30 petang tadi dan kesemua mangsa sudah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

“Ketiga-tiga mangsa sedang menerima rawatan kecemasan di PPUKM.

“Pihak KBS ingin menegaskan bahawa keselamatan dan kebajikan ketiga-tiga mangsa adalah keutamaan dan akan memaklumkan sebarang perkembangan dengan kadar segera,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi akaun Twitternya menyatakan keselamatan dan kebajikan ketiga-tiga mangsa adalah fokus utama KBS.

Kilat seringkali berlaku di luar kawasan hujan lebat dan boleh berlaku sejauh 16km dari mana-mana kawasan hujan.

Berikut adalah tips untuk berlindung jika anda berada di kawasan sedang berlaku sambaran kilat dan tiada tempat untuk berlindung.

Jika kulit anda terasa gatal dan bulu roma berdiri, anda kena mencangkung di tanah, letakkan kedua belah tangan ke lutut dan rendahkan kepala anda di antara kedua lutut supaya kemungkinan anda menjadi sasaran kilat lebih kecil serta kurangkan bersentuhan dengan tanah.

 

 

Sumber: