Sekiranya nasi semalam masih berlebih selain boleh dimasak nasi goreng sebagai menu yang menyelerakan, sebenarnya banyak lagi menu yang boleh kita hasilkan daripada lebihan nasi tersebut.
Nak tahu menu apakah itu dan apa pula resipinya jom semak satu persatu.
- CUCUR NASI BILIS
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum* 1 cawan nasi sejuk 1/2 cawan ikan bilis – bersihkan 1 labu bawang besar – cincang halus 2 biji cili merah – buang biji ,dicincang halus 2 tangkai daun bawang- cincang halus 1 batang lobak merah – parut halus Air secukupnya Garam secukupnya
Cara membuatnya:
- Kisar nasi dan ikan bilis bersama 1 cawan air hingga lumat.
2. Masukkan bahan-bahan cincang dan kisar kemudian gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul sebati.
4. Tambah garam dan air (jika perlu) dan gaul sebati. Kemudian dioreng hingga keperang-perangan. Hidangkan panas dengan sos pilihan.
INFO
*Tepung gandum boleh juga digantikan dengan tepung naik sendiri untuk dapat bentuk bulat dan ‘fluffy texture’.
*Air adjust ikut citarasa, kalau terlalu lebih cekodok akan jadi lembik. Jadi kena pandai-pandai agak.
*Ikan bilis dah masin, jadi letak sedikit saja garam.
*Sayur-sayur boleh dipelbagaikan selain lobak merah seperti hirisan kubis, bayam, daun sup dan lain-lain.
Sumber : Sue M Arukin
2. APAM NASI
Bahan-bahannya.
2 cawan nasi 2 cawan tepung gandum 2 cawan tepung beras 1 1/2cawan gula pasir 2 1/2 cawan air 2 sudu kecil yis (mauripan) kelapa parut dengan sedikit garam
Cara Membuatnya :
- Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
- Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
- Dalam bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
- Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
Perap selama 3 jam. - Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
- Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
- Masukkan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit.
Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam atau enak dimakan begitu saja.
Sumber : blog Yatie Memories
3. RICE BALL
Cara Membuatnya :
- Panaskan nasi
Mula-mula, panaskan sedikit nasi. Kalau ia terlalu kering, campurkan sedikit dengan air. Kemudian, letakkan seketul ayam di tengah-tengah.
- Kepalkan
Kepalkan nasi dengan menggunakan plastic wrap hingga menjadi bebola. Kemudian, masukkan ke dalam peti ais sekejap.
- Sediakan bahan seterusnya
Sementara menunggu nasi mengeras, sediakan bahan untuk proses seterusnya.
Tepung
Telur
Breadcrumb
- Golek dalam tepung
Seterusnya, golekkan bebola tadi ke dalam tepung.
- Celup dalam telur
Selepas itu, celupkan pula dalam telur. Tapi, jangan lama sangat ya. Nanti terburai pula.
- Salut bread crumb
Akhir sekali salutkan bebola tadi dengan bread crumb.
- Goreng
Panaskan kuali, tunggu api panas dan gorengkan seperti biasa.
Lepas diangkat dan ditoskan minyaknya, boleh hidangkan. Memang lazat dimakan panas-panas. Tengok pun boleh terliur. Cicah dengan sos atau mayonis, lagi terangkat!
Sumber : ‘Az Shafiqah Ira
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: https://www.keluarga.my/