BEKAS peserta Gegar Vaganza 5 (GV5) Linda Rafar telah merakamkan sebuah lagu khusus buat arwah anaknya yang telah meninggal dunia empat tahun lalu, Rezaimin Keifli atau Memen.
Linda atau Azlinda Rafar, 40 tahun, pernah menyatakan sebelum ini dia ingin menghasilkan sebuah lagu untuk mengingati arwah anaknya itu.
“Al-fatihah Memen. Mama misses you. Empat tahun dah Memen pergi selamanya.
“Lagu ini khas untuk Memen,” tulisnya bersama sepotong teaser untuk lagu terbaharu berjudul, Satu Lagi ciptaan Edry KRU itu.
Arwah Memen meninggal dunia pada 5 Julai, 2014 selepas bertarung dengan kanser limfoma. Al-Fatihah.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: astroawani