Kajian Institut Kesihatan Dedahkan Kebaikan Tidur Berstokin

Tahukah anda tidur dengan stokin boleh membantu tidur lebih cepat daripada biasa. Ini kerana perubahan suhu adalah bahagian penting untuk kitaran tidur.

Tidur adalah sebahagian perkara penting dalam kehidupan setiap orang, manusia menghabiskan masa hampir sepertiga untuk tidur.

Institut Kesihatan Kebangsaan mengatakan bahawa tidur adalah penting untuk fungsi otak dan tubuh yang normal. Kebanyakan orang mengalami kesukaran untuk tidur dari semasa ke semasa. Satu helah yang mereka tidak pernah cuba ialah tidur dengan memakai stokin.


Stokin bantu tidur

Memakai stokin semasa tidur mungkin kelihatan menyebabkan kekeringan kaki. Tetapi pada hakikatnya, rutin ini boleh membantu mengawal suhu dalaman tubuh. Kajian 2007 melaporkan bahawa orang dewasa yang memakai stokin normal atau panas akan tidur lebih cepat. Ini kerana suhu badan teras seseorang jatuh pada waktu malam. Ia mencapai suhu terendah pada sekitar 4 pagi. Suhu purata adalah 98.6 darjah Fahrenheit, tetapi ini berbeza dengan 1 hingga 2 darjah selama 24 jam.

Tidur dan suhu badan
Suhu badan teras seseorang terjejas disebabkan jam biologi yang juga dikenali sebagai ritma sirkadian (circadian rhythm). Ritma sirkadian mengawal masa tidur, membuatkan seseorang berasa mengantuk pada waktu malam dan terjaga pada waktu pagi.

Suhu badan secara beransur-ansur meningkat pada siang hari, memuncak pada waktu petang ketika orang merasa terjaga dan berwaspada. Kemudiannya menurun pada waktu malam, menyebabkan seseorang berasa mengantuk.

Apabila seseorang mula tidur, suhu badan akan berkurangan sebanyak 1 hingga 2 darjah. Ini mungkin kerana badan memelihara tenaga untuk fungsi lain.

Jika seseorang tidur dengan memakai stokin, ini boleh membantu kitaran suhu tubuh mereka. Kitaran suhu badan yang baik adalah antara 60 dan 67 ° F.

Jadi, sekarang bolehlah mula amalkan tidur malam pakai stokin.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: islamituindah