5 Negara Islam Yang Menarik Yang Tak Pernah Kita Dengar

#1- Bandar Constantine, Algeria

Bandar Constantine atau dalam bahasa Arabnya ‘Blad el-Hawa’ merupakan bandar ketiga terbesar di Algeria. Bandar ini dibina di sekitar bukit dan lembah, dikelilingi Sungai Rhumel serta dihubungkan dengan jambatan yang mengagumkan.

Pemandangan sekitarnya menakjubkan! Tidak hairanlah bandar ini pernah dinamakan sebagai Bandar Budaya pada tahun 2015.

#2- Waw an Namus, Libya

Waw an Namus adalah nama bagi kawasan oasis di sebuah gunung berapi tidak aktif yang terletak di Libya. Apa yang menarik, oasis ini memang berada di tengah-tengah kawah gunung berapi. Tempat ini juga dipanggil ‘Oasis Nyamuk’ kerana terdapat banyak nyamuk di sini.

Kawasan ini dikelilingi kira-kira 10-20 km kawasan berdebu hitam bekas letusan gunung berapi yang tejadi ratusan tahun dahulu.

#3- Gurun Pasir Putih, Mesir

Apabila disebut padang pasir kita biasanya akan membayangkan sebuah landskap yang berwarna kuning dan berdebu.

Berbeza di sini, ianya dikenali sebagai padang pasir putih kerana terdapatnya batuan kalsium yang terbentuk dari hakisan angin. Apabila dilihat dari kejauhan tempat ini seakan-akan kawasan putih bersalji. Bentuk-bentuk batuan yang ada di sini ada yang berbentuk ‘cendawan gergasi’ dan ‘ais krim’, sekaligus menjadi tarikan pelancong yang datang ke Kaherah.

#4- Bandar Biru Chefchaouen, Morocco

Chefchaouen adalah sebuah bandar berwarna biru yang indah yang terletak di kawasan pergunungan Maghribi (Morocco) di timur Tangier.

Terdapat banyak andaian mengapa bandar ini dicat warna biru. Ada yang berpendapat untuk mengekalkan budaya masyarakat Yahudi yang pernah menetap di situ, ada yang mengatakan untuk menjadikan bandar itu lebih sejuk dan ada juga yang berkata ia dicat biru untuk menghalau nyamuk!

Apa pun alasannya, bandar yang diliputi rona warna biru ini memang indah dan menjadi syurga buat juru gambar atau mereka yang suka bergaya di hadapan kamera.

5- Pulau Socotra, Yaman

Tempat ini terkenal sebagai ‘pulau alien’ , tempat yang paling pelik wujud di atas muka bumi. Ianya diberi julukan begitu kerana flora dan fauna yang ada di sini mempunyai bentuk yang sangat pelik dan tidak terdapat di tempat lain.

Pulau Socotra terletak di lautan Hindi, sekitar 80 kilometer dari timur Afrika dan 380 km dari selatan benua Arab. Tumbuhan yang paling terkenal dan menjadi ikon di sini adalah pohon berbentuk payung raksasa atau dipanggil ‘Pohon Darah Naga’ . Bagi mereka yang meminati tempat yang pelik dan eksotik, Pulau Socotra adalah pilihan terbaik.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: tazkirah