Bersaksikan hidupan laut,Neelofa menginap di hotel mewah USD50K satu malam di Maldives!

Sekali lagi usahawan, pelakon dan pengacara terkenal Neelofa bersama adiknya Ameera Khan kembali mencuri perhatian netizen. Dua adik beradik glamor itu kini sedang bercuti di kepulauan Maldives.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai ialah gambar perkongisan bilik hotel mereka yang dipercayai dibina di bawah dasar laut sekaligus memaparkan latar kehidupan marin.

Menerusi gambar-gambar yang dimuatnaik di laman sosial Instagramnya, Neelofa dan Ameera didapati menginap di The Muraka yang terletak di Conrad Maldives Rangali Resort, bilik hotel bawah paras laut pertama di dunia.

Tahukah anda berapa bayaran yang dikenakan untuk bilik ini semalaman? Menurut portal pencarian DTK, The Muraka mengenakan harga USD50,000.00 untuk satu malam penginapan!

Dan jika ditukarkan ke Ringgit Malaysia, penginapan Neelofa itu melebihi dua ratus ribu ringgit untuk 1 malam! Fuhh!!

Hotel itu bakal dibuka pada penghujung bulan November dan Neelofa dikatakan menjadi antara selebriti terawal diberi peluang menginap di hotel berkenaan.

Hotel The Muraka merupakan struktur bangunan yang menempatkan bilik penginapan 5 meter bawah paras laut dengan pemandangan 180 darjah kehidupan laut.

Ia juga mempunyai tingkat atas atas dengan tambahan 2 bilik tidur, lobi, bilik dapur, ruang makan, bar serta dek memerhati matahari terbenam selain kolam renang.

Jom intai percutian mewah Neelofa!

Wah,untungnya jadi Neelofa!

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: FMT