Sharif Zero Kongsi Kegembiraan Selepas 5 Tahun Menanti Cahaya Mata

Anggota kumpulan Zero, Sharif mengambil seorang anak angkat sejak awal tahun lalu, selepas lima tahun berkahwin.

Menerusi laporan HLive, Sharif berkata anak angkatnya, Wafi yang berusia sembilan bulan itu telah menyerikan rumah tangganya sejak awal tahun ini.

“Ya memang Wafi merupakan anak angkat saya tapi saya dah menganggapnya seperti anak saya sendiri kerana kami mula menjaganya sejak dari kecil lagi.

“Pada mulanya saya tiada perancangan untuk mengambil anak angkat tetapi anak ini pun merupakan anak dari saudara sebelah isteri saya dan apa salahnya jika saya menjaganya.

“Selepas lima tahun tanpa cahaya mata, kami bukan sunyi tapi saya rasa seperti ada kekurangan dan Wafi memang benar-benar menyerikan rumah tangga kami.

“Lagipun sebelum ini orang selalu tanya bila nak ada anak dan isteri saya terasa, sekarang alhamdulilah kami bahagia bersama Wafi,” katanya.

 

Selain Sharif, Zero turut dianggotai oleh dua orang adik beradiknya yang lain iaitu Syaiful dan Atu.

Zero bakal beraksi dalam Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) bermula 2 November depan.

Selain Zero, kumpulan lawak terkenal bakal menyertainya ialah iaitu Bocey yang dianggotai oleh Abam, Achey dan Fad selain kumpulan Puteh (Ali Mercik dan Mamak) dan Shiro (Ajak dan Shahrol).

Selain itu, pelawak yang bergabung pula ialah kumpulan Taman gabungan Tauke bersama Man Posmen, selain Joras yang dianggotai oleh Ropie, Joey dan Rahim Sepahtu.  

MLM 2018 bakal bersiaran selama 14 minggu pada setiap Jumaat, ‪pukul 10 malam dan boleh disaksikan menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).  

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: Gempak