Cara terbaik membeli dan menyimpan ayam mentah

Betul tak, selalunya mak-mak akan beli ayam untuk kegunaan lauk harian at least sekali seminggu,kan?

Tapi mak-mak tahu tak macam mana cara terbaik membeli dan menyimpan ayam mentah yang mak-mak dah beli terutama di pasar.

Ini tip yang dikongsikan oleh Safe Food – BKKM Melaka (Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan) dari Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengenai cara terbaik membeli dan menyimpan ayam mentah.

Sebelum Mak-mak Beli Ayam, Kena Tahu 3 Info Penting Ini

1. Amat penting untuk mak-mak tahu, sebelum membeli ayam, pilihlah ayam yang segar. Itu sangat penting. Contoh ayam yang segar, ia akan berwarna merah jambu, isi kenyal dan tidak berbau.

2. Ayam mentah pula perlu disimpan di bawah 4°C (suhu sejuk) untuk mengurangkan pembiakan bakteria Salmonella. Tapi di Malaysia jarang-jarang kita boleh cari pasar yang menyimpan ayam mentah di atas ais. (nota: bakteria Salmonella inilah yang boleh menyebabkan pemakan yang terdedah dengannya sakit perut dan cirit-birit)

Jadi apa yang kita boleh buat ialah, beli satu polisterin box yang kecil ( yang boleh muat dalam kereta ) & isikan dengan ais. Jadi sebaik saja beli ayam di pasar, anda boleh simpan ayam mentah itu dalam bekas polistrin yang berisi ais tadi. Cara ini mengurangkan pembiakan bakteria & memanjangkan kesegaran ayam tersebut.

3. Sekiranya anda membeli ayam mentah dari pasar raya pula, anda juga boleh membeli barangan runcit yang lain terlebih dahulu dan terakhir sekali beli ayam. Dengan cara ini, kita boleh kurangkan tempoh masa ayam mentah itu terdedah pada suhu persekitaraan.

√    Mula-mula bersihkan ayam terlebih dahulu dan toskan. Wrap ayam dengan beg ziploc atau dengan plastic warp / foil. Masukan ayam tadi yang sudah wrap dalam beg ziploc yang lain (double-bagging). Simpan dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku (freezer)

Tujuan menggunakan foil / plastic wrap / beg Ziploc sebagai lapisan pertama ialah untuk mencegah permukaan ayam daripada membentuk lapisan ais. Sementara, beg zip luar pula untuk membantu menghalang freezer burn dengan menahan udara masuk.

√     Dengan cara ini ayam boleh disimpan selama 2 bulan. Kalau anda lagi rajin boleh labelkan bungkusan ayam dengan tarikh pembelian.

√     Anda juga boleh menggunakan bekas plastic biasa ( cth :Tupperware). Yang penting anda perlu bersihkan ayam dan toskan sebelum ia disimpan di peti sejuk beku.

Sumber/Foto : SAFE FOOD – BKKM Melaka