Nama aku Saiful. Tak kahwin lagi. Tapi sebab rezeki, aku terpaksa merantau kerja di KL. Mak dah meninggal so ayah tinggal sorang.
Aku janji dengan ayah akan balik tiap 2 minggu tetapi realiti kerja sangat pedih. Orang bawahan macam aku susah nak dapat cuti. Tapi lepas 2 bulan aku balik juga rumah ayah tetapi terkejut bila tau ayah dah…
PENGORBANAN AYAH
Salam admin. Terima kasih kerana approve cerita ni. Nama aku Saiful. Muda lagi. 20an. Tak kahwin lagi. Aku asal dari Negeri Sembilan. Tapi merantau ke tempat orang. Baru kerja di KL, gaji tak sampai RM2k tapi alhamdulillah masih boleh survive. Sepadan la dengan pendidikan aku ni.
Sebelum aku cerita, saja aku nak kenalkan family aku ni. Kami 5 beradik semua lelaki. Semua dah kahwin kecuali aku. Al maklum la aku paling bongsu kan. Abang-abang aku dan famili dia semua dok jauh. Sorang dok JB, sorang lagi dok Ipoh dan 2 orang lagi dok area KL.
Mak dah meninggal dunia lama. Sejak aku umur 10 tahun lagi. Ayah la yang banyak jaga kami lima beradik. Ayah pencen askar. Lepas pencen, ayah bawa teksi untuk tanggung pelajaran kami. Susah payah ayah, aku la paling banyak nampak. Abang-abang aku semua sekolah asrama. Asyik-asyik dok minta duit je.
Walau susah mana ayah, ayah takkan hampakan permintaan abang-abang. Kesian tengok ayah. Waktu tu aku nekad bila aku masuk asrama ke aku takkan susahkan ayah. Dan ini jawapan kenapa aku tak sambung ijazah lepas abis diploma. Abang-abang aku semua kata rugi la apa ka. Tapi hakikatnya Allah sahaja yang tau.
AKU TERPAKSA KERJA DI KL
Mereka semua sejak kahwin memang jarang sekali balik rumah ayah. Ayah makin tua. Itu realiti yang pahit untuk ditelan. Tak sanggup aku tengok ayah bawa teksi lagi membanting tulang empat kerat untuk cari duit bukan untuk dia, tetapi untuk pelajaran anak-anak dia.
Bila aku dapat kerja di KL. Aku sedih. Ayah dok sorang je di rumah. Tiada lagi teman. Harap Pak Ismail jiran tu la yang banyak tolong keluarga kami. Aku janji aku akan selalu balik rumah jenguk ayah setiap dua minggu.
REALITI KERJA
Tapi baru aku faham realiti hidup yang sebenar alam pekerjaan ni. Memang sibuk. Dari pagi sampai petang kerja. Balik rumah pulak hadap jem jalan raya. Malam memang terus lembik penat. Masa berlalu dengan pantas. Ye, masa memang berlalu sangat pantas.
Tak sangka dah dua bulan aku kerja di KL ni. Walau sibuk, aku memang tak lupa selalu telefon ayah. Ayah macam biasa selalu cakap ok je. Sihat. Tapi terasa ada “sesuatu” macam tak kena dari riak suara ayah.
SAJA NAK BUAT KEJUTAN KAT AYAH
Aku rancang untuk balik rumah ayah. Cuti dah diambil. Saja nak buat kejutan untuk ayah. Sampai-sampai rumah tengok sunyi sepi je rumah. Nampak Pak Ismail dan sempat tegur dia.
“Ayah kamu tu dua tiga minggu ni asyik duduk dalam rumah je, surau pun jarang datang dah. Nak kata sakit, nampak macam sihat. Eloklah kamu balik”
Dengar komen Pak Ismail macam tu. Aku lantas cepat-cepat masuk rumah dan panggil ayah. Memang kejutan aku menjadi. Ayah terperanjat bila tau aku balik. Kami bual-bual panjang. Ayah tampak ceria. Tapi memang betul firasat hati aku, ada yang tak kena dengan ayah. Beberapa kali aku nampak ayah terlanggar kerusi, terlanggar itu ini. Macam tak nampak.
MATA AYAH KABUR
Malam tu aku tanya ayah ada masalah kesihatan ka. Ayah macam biasa jawab ok ja takde masalah. Maklumla pencen askar. Memang selalu tak ngaku yang dia tampak lemah ke apa. Masak sangat dengan perangai ayah. Tapi lepas korek-korek. Ayah kata mata dia macam tak berapa nak nampak. Kabur. Mungkin sebab makin tua katanya.
Aku pun pujuk ayah pi jumpa doktor pakar mata check tengok keadaan mata ayah. Malam tu lepas ayah tidur, aku whatsapp abang-abang aku, minta balik tengok ayah ni. Mata dah tak nampak. Tapi respons dia ada yang sibuk la, ada hari sukan kat sekolah anak la dan macam-macam lagi. Tapi ada 2 abang aku yang duduk di KL tu kata akan balik.
KAMI TAK MAMPU TANGGUNG OPERASI BEDAH MATA AYAH
Hari isnin, kami bertiga pun bawa ayah pergi Pakar Mata Yusof. Memang popular kat pekan Bahau ni. Lepas periksa mata, doktor pakar tu kata mata ayah ni dah teruk. Katarak. Kena bedah segera. Harganya bukan murah.
Kami bagitau pakar mata tu, kami akan bincang dulu. Aku dah sebak memang aku tak mampu. Aku baru je kerja. Ada la rm300 simpanan untuk aku terus guna. Dua lagi abang aku tu pun kata mereka takda duit. Dalam hati aku terdetik kalau takde duit, tapi selalu nampak kat Facebook berjalan merata dengan keluarga.
Akhirnya kami putuskan untuk tidak buat rawatan mata untuk ayah. Sedih. Tapi aku yakin ayah lebih sedih lagi. Dah la mata kabur tak nampak. Anak-anak pulak boleh gaduh depan dia tolak-tolak siapa yang akan bayar rawatan mata dia. Aku betul-betul rasa down. Terasa failure sebagai anak.
AKU BUAT PINJAMAN BANK DAN ABANG-ABANG BUAT KEJUTAN PULA
Balik ke KL, aku tekad untuk buat pinjaman bank. Senyap-senyap tanpa bagitau abang-abang. Apalah sangat kan duit berbanding dengan kesihatan ayah yang banyak berkorban untuk keluarga.
Sebulan kemudian aku balik kembali ke rumah ayah. Mata ayah makin teruk. Entah kenapa abang-abang aku semua turut balik. Al maklum la cuti sekolah waktu tu. Riuh rumah ayah. Dah lama tak meriah macam ni dengan budak-budak bermain. Ketika mesyuarat dengan abang-abang aku terlebih dahulu bagitau yang aku dah buat pinjaman bank untuk kos operasi bedah mata ayah.
Dan tak sangka. Rupa-rupanya selama sebulan ni abang-abang aku tu pun dok menyimpan dan alhamdulillah lepas berbincang kami tong-tong duit untuk operasi bedah mata ayah.
AYAH MENANGIS LEPAS BEDAH MATA
Hari yang dinanti telah tiba untuk operasi bedah ayah. Pembedahan katarak mata tu mengambil masa selama setengah jam je.
Lepas selesai bedah mata. Kami terkejut bila ayah keluar bilik bedah je, ayah menangis. Kami adik beradik semua terus jenis sebak. Pada masa sama aku keliru gak. Kenapa ayah menangis?
Dalam tangisan ayah tu, ayah banyak sebut, “Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah mata dah nampak kembali. Jelas. Allah. Alhamdulillah”. Sampai sekarang aku masih ingat lagi kalimat ayah tu. Bila teringat je aku mesti sebak.
Daripada cakap pakar mata, sebenarnya ayah dah tak nampak bukan sebulan dua, tapi dah bertahun, cuma dia tak pernah bagitau kami adik beradik. Cuma dua bulan lalu tu katarak mata ayah dah semakin teruk sampai hampir langsung tak nampak.
Allah. Bertambah sedih kami adik beradik dengar cakap doktor. Kami faham ayah tak mahu susahkan kami. Tapi bila fikirkan kembali bertahun mata ayah dah kabur, Kami rasa sangat bersalah. Allah. Aku ceritakan kisah ni supaya korang semua ambil iktibar.
Memang perangai orang tua kita memang tak nak susahkan kita anak-anak. Kita lah yang perlu cakna dan ambil tahu tentang mereka. Cuba bayangkan pengorbanan mereka semasa membesarkan kita, tiada ternilai.
Kalau korang atau mak ayah ada masalah mata, boleh hubungi Pakar Mata Yusof Bentong (www.wasap.my/60179227423) / Pakar Mata Yusof Segamat Baru (www.wasap.my/601127866292) / Pakar Mata Yusof Bahau (www.wasap.my/60172577883) atau boleh singgah di page FB mereka untuk maklumat lanjut https://www.facebook.com/pakarmatayusof/
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: SayaLuvIslam