Tabiat Tidur Lewat Malam Penyumbang Kepada Masalah Kesihatan

TIDUR adalah salah satu keperluan bagi manusia. Menurut pakar kesihatan, fungsi tidur adalah lebih penting berbanding makanan kerana tidur adalah salah satu keperluan bagi manusia sejagat.

Seorang manusia mampu hidup sehingga 40 hari tanpa makanan dibandingkan hanya 11 hari tanpa tidur.

Oleh itu, mereka yang suka tidur lewat malam harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan penyakit dan risiko kesihatan lain akibat kekurangan tidur.

Ini kerana ketika kita tidur, badan diberi ruang untuk merehatkan minda dan fizikal tubuh setelah penat melakukan aktiviti seharian.

Mereka yang kurang tidur dengan sendirinya akan mengalami masalah kesihatan.

Di antara kebiasaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah, Baginda tidak suka tidur lewat. Jika tidak ada urusan penting baik tentang dakwah ataupun jihad maka Baginda menyegerakan tidur setelah solat Isya ‘ dan kemudian bangun di tengah malam atau sepertiga malam untuk sollat tahajjud atau qiyamullail.

Selain memudahkan tahajjud, terbukti kebiasaan tidak tidur lewat malam juga memiliki banyak manfaat perubatan yang baru diketahui di zaman moden ini.

Sebaliknya, orang yang tidur lewat malam terancam bahaya kesihatan seperti berikut:

1. Sistem Imun Melemah (anti body melemah)
Tidur lewat malam terbukti mempengaruhi rosaknya sel-sel darah putih. Akibatnya kekebalan tubuh menjadi lemah dan mudah diserang pelbagai penyakit.

2. Kencing Manis atau Diabetes
Tidur lewat malam juga merosak hormon di tubuh. Akibatnya tubuh tidak toleransi terhadap glukosa kerana jumlah insulin menurun. Orang yang tidur lewat malam menjadi lebih mudah mendapat penyakit Diabetes.

3. Sakit Kepala Hingga Kerosakan Otak
Tidur lewat malam membuat tubuh tidak sempat berehat dengan baik. Meskipun waktu tidurnya sama, katakanlah lima jam, orang yang tidur sebelum tengah malam dan bangun sepertiga malam terakhir akan merasakan keadaan tubuh fizikal yang lebih baik. Sebaliknya, tidur lewat malam membuatkan istirehat tidak efektif. Ketika bangun kepala terasa berat, itulah tanda gegar otak kecil sedang menyerang. Jika dibiasakan, terus menerus dalam waktu berpanjangan, kerosakan otak boleh mengancam.

4. Kanser Hati
Diantara penyakit berbahaya akibat tidur lewat malam adalah kanser hati. Melalui penelitian para doktor di National Taiwan Hospital menemukan bahawa tidur lewat malam dan bangun terlalu siang merupakan penyebab utama kerosakan hati.

Subhanallah… demikianlah hikmah perubatan dari salah satu kebiasaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Aisyah radhiyallahu ‘anha menjelaskan kebiasaan beliau ini:

مَا نَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبْلَ الْعِشَاءِ وَلَا سَهِرَ بَعْدَهَا

Rasulullah shallaallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah tidur sebelum waktu isya’ dan tidak pernah begadang setelahnya. (HR. Ahmad; shahih)

Ibnu Qayyim Al Jauziyah menjelaskan dalam Zadul Ma’ad: “Termasuk kebiasaan bBaginda adalah tidur di awal malam dan bangun di bahagian akhirnya. Terkadang ia begadang di awal malam untuk mengurusi berbagai kepentingan orang-orang miskin. ”

Oleh itu, pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup untuk mengelakkan diri daripada mengalami masalah kesihatan.

Semoga kita dimudahkan untuk meneladani Baginda SAW dan mendapatkan banyak manfaat dan hikmah berkat meneladani Baginda.

Wallahu’alam.

Sumber: NOR AMILINA ISMAIL via Utusan, Khalifahmedia.com