4 Sayur Berikut Mengandungi Kandungan Gas Yang Tinggi

Sering kentut dan sendawa merupakan petanda yang badan anda mengandungi gas dan ia bukanlah sesuatu yang baik untuk tubuh anda. Menurut National Digestive Disease Information Clearinghouse, gas terjadi apabila anda menelan udara menerusi makanan atau proses pencernaan makan yang menghasilkan gas.

Dan ini 4 jenis sayuran mengandungi gas tinggi dan sekaligus menyebabkan anda selalu kentut.

1. Kacang Buncis

Serat di dalam kacang buncis dan kacang hijau menjadi lembut seperti gel semasa proses pencernaan di dalam usus dan secara tidak langsung ia akan menyebabkan gas berlebihan terhasil.

2. Jagung

Perut manusia sukar untuk mencerna saturan berkanji seperti kentang dan jagung terutamanya jika dihidangkan dalam bentuk gorengan.

3. Bawang

Makanan yang mengandungi fruktosa seperti bawang akan menyebabkan gas berlebihan.

4. Kubis

Kubis termasuk dalam golongan ini kerana ia sukar dicerna, dan akan menghasilkan gas dalam jumlah yang besar dalam perut.

Selain itu, buah – buahan seperti epal, lai, dan juga buah plum mengandungi gas yag tinggi dan pengambilan buah ini secara berlebihan boleh menyebabkan cirit birit.

 

 

Sumber