Kemesraan pasangan pelakon Iswan Ismail, 30, dan Haneesya, 18, membuatkan ramai yang menganggap mereka sedang dilamun cinta indah. Sebelum ini Iswan juga pernah mengaku yang Haneesya mempunyai ciri-ciri gadis idamannya.
Mereka mula rapat dan mesra semenjak sama-sama berlakon dalam siri drama Cik Reen Encik Ngok Ngek (Astro).
Agaknya bagaimana hubungan mereka sekarang ya?
Cerita Iswan, “kami masih berkawan. Haneesya sekarang sibuk dengan komitmennya dalam pertandingan Dewi Remaja.
“Saya tahu dia berbakat dan boleh pergi jauh. Saya doakan Haneesya berjaya dalam apa sahaja yang diceburinya.”
Haa.. Bunyinya macam merajuk saja. Iswan okay ke kalau Haneesya tiba-tiba rapat dengan lelaki lain. Cemburu tak?
Sambungnya, “tak dinafikan, Haneesya mempunyai ciri-ciri gadis idaman saya seperti baik hati, pandai buat saya gembira dan sebagainya, namun itu tidak bererti kami bercinta.
“Kalau dia rapat dengan lelaki lain, saya tak cemburu pun. Haha… Saya sudah anggap dia macam adik.
” Lagi pun jarak umur kami terlalu jauh, jadi terpaksalah kami rapat seperti adik-beradik sahaja.”
Alaaa.. Tak salah pun kalau bercinta kan! Cinta tidak mengenal usia tau.
Begitulah cerita Iswan Ismail yang popular menerusi siri drama Cik Reen Encik Ngok Ngek (Astro). Iswan juga akan muncul dalam siri drama Isteriku 120kg (RTM) dan Cikgu, Papa Kirim Salam.
Sebelum ini Iswan Ismail popular dengan siri drama Hero Seorang Cinderella (Astro) bersama Fattah Amin, Fazura dan Uqasha Senrose.
Semoga Iswan Ismail terus sukses dan bertemu dengan cinta sejati ya! Amin…
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: ManggaMedia