Sekiranya anda fikir kanak-kanak ini anak pel4rian, anda sebenarnya SILAP!

Jika dilihat, gambar ini biasa sahaja. Seorang wanita berkulit putih sedang menyuakan sebotol air ke mulut seorang kanak-kanak berkulit hitam.

Tubuh kanak-kanak berkeadaan b0gel dalam gambar itu tampak kurus. Tulang rusuk dan sendinya menimbul. Hanya perutnya sahaja membuncit seperti belon.

Badan kanak-kanak itu juga kotor, berdaki serta dipenuhi lumpur dan selut.

Mungkin anda terfikir kanak-kanak itu ialah warga Afrika, salah seorang mangsa kebuluran atau pelarian di negaranya akibat kem4rau, kemiskinan, peper4ngan atau kemunduran ekonomi.

Wanita berkulit putih itu pula ialah aktivis daripada NG yang datang menghulur bantuan.

Benar, wanita berkulit putih itu seorang aktivis bernama Anja Ringgren Loven. Loven, warga Denmark yang tinggal di Afrika merupakan pengasas kepada Yayasan Pembangunan dan Pendidikan Kanak- Kanak Afrika.

Siapa pula kanak-kanak perempuan itu?

Tidak diketahui nama sebenarnya. Apabila ditemui, Loven namakannya sebagai Hope.

Kejadian ini berlaku pada tahun 2016. Selepas mendapat aduan daripada orang awam, Loven terus mencari kanak-kanak m4lang ini sebelum menemuinya pada 31 Januari 2016.

Ketika itu, Hope sedang berkeli4ran di sebatang jalan yang sibuk tanpa arah. Kongsi Loven, semasa ditemui anak tidak berd0sa ini berada dalam keadaan sungguh menyedihkan.

Tiada sehelai pakaian yang membalut tubuh kurus Hope. Hope berada dalam keadaan kel4paran, dahaga dan sangat lem4h selain sakit akibat perutnya yang membuncit itu dipenuhi cacing.

Hasil siasatan, Hope rupanya telah menjadi gel4ndangan selama lapan bulan. Anak kecil ini meneruskan hidup seorang diri dengan mengharap simpati orang ramai yang menghulur makanan dan minuman.

Bila malam tiba, tidurlah Hope di mana saja kakinya berhenti melangkah dalam keadaan kesejukan tanpa pakaian atau selimut.

Keadaan Hope ketika diselamatkan Loven.

Di mana keluarga Hope? Mana ibu dan ayahnya?

Hope bukan m4ngsa pel4rian akibat peper4ngan, kemar4u, kemiskinan atau anak yatim piatu akibat kem4tian ibu bapa.

Hope sebenarnya telah menjadi m4ngsa kekej4man ibu bapanya sendiri akibat kepercayaan k4rut. Kedua ibu bapanya telah membu4sng Hope tanpa rasa simpati.

Menurut Loven, sesetengah masyarakat di sebuah wilayah di Nigeria percaya kanak-kanak yang mengalami kec4catan fizikal, kec4catan perkembangan seperti autism atau sindrom down merupakan seorang ahli sihir.

Kanak-kanak ini perlu disisihkan daripada keluarga atau dih4puskan daripada terus hidup.

Mereka akan dih4lau atau disingkirkan daripada keluarga dengan dibuang ke dalam hutan atau dibiarkan berkeliaran untuk meneruskan hidup sehingga menemui aj4l akibat kem4langan, sakit atau dimakan anjing li4r.

Masyarakat ini percaya, jika terus membela anak-anak ini, mereka akan ditimpa mal4pet4ka, musib4h atau mengalami nasib m4lang seperti w4bak penyakit, kem4tian di awal usia dan dilanda kemiskinan.

Itulah nasib dialami oleh Hope. Kerana mempunyai kec4catan fizikal, tanpa belas kasihan anak kecil ini dibuang keluarganya sendiri.

Sejak itu, Hope yang baru berusia dua tahun mula hidup merempat, berkeliaran sekitar kampung selama lapan bulan sebelum diselamatkan oleh Loven.

Bayangkan, bagaimana Hope yang seusia anak kita masih merengek apabila hendak tidur, lapar atau inginkan sesuatu terpaksa berjuang seorang diri.

Selepas ditemui, Loven memberi minuman dan makanan kepada Hope yang kelaparan. Loven menyelimutkan anak kecil itu sebelum membawanya ke hospital berhampiran untuk rawatan.

Loven kemudiannya memuat naik gambar tersebut di Facebook dengan kata-kata, “Banyak yang saya lihat sepanjang tiga tahun di Nigeria. Banyak pengalaman tidak dikongsikan bersama anda kerana terlalu menyayat hati.

“Ribuan kanak-kanak dituduh ahli sihir dan kami melihat ramai budak diseks4, m4ti atau ket4kutan.

“Saya berkongsi gambar ini untuk menunjukkan perjuangan saya, kenapa saya sanggup menjual semua harta dan berpindah ke tempat yang jauh terpencil.” tulis Loven.

Dua hari selepas menyelamatkan Hope dan menaikkan gambar tersebut di Facebook, bantuan daripada orang ramai di seluruh dunia datang bertalu-talu. Loven berjaya mengumpul derma sehingga 1 juta dolar dari seluruh dunia dalam misinya untuk menyelamatkan kanak-kanak m4lang ini.

Namun, Hope hanyalah salah seorang yang diselamatkan. Menurut Loven, dianggarkan terdapat kira-kira 15 ribu orang lagi kanak-kanak dituduh ahli sihir dengan ditinggalkan di tepi jalan dalam tempoh sepuluh tahun.

Laporan United Nations Children’s Fund (UNICEF) pada 2010 memperincikan sebab kepercayaan ini terjadi termasuk kemiskinan, w4bak HIV/AIDS dan per4ng saudara.

Ahli keluarga, selalunya kanak-kanak atau orang tua dipersalahkan kerana tr4gedi yang berada di luar kawalan mereka, seperti penyakit atau kem4tian.

Menurut laporan itu, kanak-kanak bandar adalah yang paling berisiko dituduh sebagai ahli sihir.

Selain itu, kanak-kanak dengan penyakit Albino iaitu kelainan genetik paling berisiko.

Mereka percaya kononnya ada kuasa ajaib berada di dalam bahagian kanak-kanak ini termasuk organ dalaman, rambut, kulit dan anggota badan.

Hope kini kelihatan ceria dan sihat selepas diselamatkan Loven.

Ada juga sesetengah pihak mendakwa perkara ini terjadi akibat mainan atau ketamakan pihak yang bergelar ahli agama untuk mendapatkan wang.

Mereka menjadikan kanak-kanak ini sebagai m4ngsa dengan mempengaruhi ibu bapa supaya percaya anak mereka ialah ahli sihir.

Apabila ibu bapa percaya, ahli agama akan mengambil kesempatan dengan mendakwa sihir dalam tubuh kanak-kanak itu boleh dibu4ng atau dih4puskan tetapi dengan bayaran tertentu.

Namun disebabkan kemiskinan, kebanyakan ahli keluarga tidak mampu membayar jumlah yang dikenakan. Akibat takut ditimpa musib4h atau mal4petak4, ibu bapa memilih jalan mudah dengan anak-anak ini ke dalam hutan atau dibiarkan berkeliaran sebelum m4ti sama seperti nasib yang dialami oleh Hope. 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: MHETV