Cantiknya Nita Hamzah sekarang..

Sudah lama tidak mendengar khabar penyanyi yang lahir dari program Malaysian Idol 2, Nita Hamzah. Melihat perkongsian di laman Instagram miliknya, Nita kini tampil dengan imej bertudung.

Nita yang sebelum ini popular dengan lagu berjudul Kusut memberitahu dia sudah lama berniat untuk berhijab. Dia juga berharap peminat mendoakan dirinya akan istiqamah.

“Sebenarnya sudah pasang niat untuk bertudung. Malah saya juga akan pakai tudung jika menghadiri majlis tertentu.

“Sehari sebelum ulang tahun kelahiran saya pada 3 November lalu, saya mula bertudung sepenuh masa. Hati ini terdetik begiti sahaja dan rasanya sudah tiba masa untuk berubah.

“Saya juga melihat semakin ramai orang-orang di sekeling yang kini sudah berhijab. Jadi mereka memberi dorongan untuk saya tampil dengan imej baharu.

“Sekarang ini, rasanya tak lengkap jika keluar tanpa memakai tudung. Saya selesa dengan mengenakan hijab.

“Saya tahu mungkin selepas ini akan ada orang yang masih bercakap tentang imej dahulu. Saya sedia menerima apa sahaja komen netizen.

“Bagi saya lebih baik mereka mendoakan saya daripada bercakap perkara tidak elok. Setiap orang ada kisah silam sendiri,”ujar Nita ketika dihubungi.

Bercakap tentang perkembangan dunia seni, kata Nita dia menunggu masa yang sesuai untuk melancarkan single baharu. Dia berharap awal tahun depan dapat membuat kemunculan semula dalam dunia seni.

“Lagu saya sudah siap. Ia mendapat sentuhan komposer Sharon Paul dan lirik oleh Iman Imran. Hanya tunggu masa untuk dilancarkan.

“Sebelum ini sibuk dengan majlis nikah dan urusan resepsi. Kemudian dugaan datang apabila ada ahli keluarga meningal dunia. Jadi tiada masa yang sesuai,” jelasnya.

Nita bernikah dengan jejaka bernama Mohd Fareez Shamsul Bahari pada 29 April lalu.

Meski jarang muncul di acara hiburan, Nita masih aktif menerima undangan untuk majlis korporat dan makan malam. Dia sebelum ini pernah muncul dengan album berjudul Nita pada tahun 2007.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: MHetv