Redakan Sakit Gigi Dengan 4 Bahan Dapur Ini

Sakit gigi ! Huh boleh huru hara hidup dibuatnya, semuanya serba tak kena dan sakit memang tak tertahan. Sebelum jumpa doktor gigi apa kata anda cuba redakan sakit gigi dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur.

Tak cuba tak tahu, jadi anda yang selalu sakit gigi boleh manfaatkan bahan yang ada di dapur dan tidak perlu keluar rumah.

GARAM:
Garam adalah bahan wajib ada dalam dapur dan diakui mampu meredakan sakit gigi terutama gigi berlubang.

Cara mudah menggunakannya, larutkan garam dalam air suam kemudian kumur-kumur, tidak lama selepas itu, rasa sakit akan berkurangan.

Logiknya kerana kandungan antioksidan dalam garam mampu mengurangkan bengkak serta mel4wan bakteria dan virus punca sakit gigi.

 

LIMAU NIPIS:
Kandungan vitamin C yang tinggi dalam limau nipis baik meredakan sakit serta radang pada gigi dan gusi. Cara menggunakan, anda hanya perahkan jus limau nipis kemudian sapukan jus tersebut pada gigi yang sakit menggunakan kapas bersih.

BAWANG PUTIH:
Bawang putih adalah bahan semulajadi yang kaya dengan manfaat kesihatan. Salah satu daripadanya boleh meredakan sakit gigi.

Bawang putih mengandungi bahan semulajadi yang mampu membunxh bakteria penyebab sakit gigi. Cara menggunakan, anda hanya perlu kisar halus bawang putih, kemudian sapukan di bahagian gigi atau gusi yang sakit dan biarkan 10 minit.

CENGKIH:
Kandungan anti-inflamasi, anestesi, anti bakteria dan antioksidan dalam cengkih mampu mengurangkan rasa sakit gigi kerana semua zat ini boleh membXnuh bakteria penyebab sakit gigi. Cara menggunakan, anda hanya perlu kisar bunga cengkih kemudian lumurkan pada gigi yang sakit.

Apapun rawatan terbaik adalah dengan menjalani pemeriksaan gigi secara rutin dengan doktor gigi dan sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan gigi.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: rasa