Dikaitkan dengan artis, pemain bolasepak Muslim Ahmad pilih model sebagai calon isteri

Meskipun pernah dikaitkan bercinta dengan beberapa selebriti tanah air termasuk pelakon Dayana Roza dan Niena Baharun, namun pemain bola sepak pasukan Pahang, Mohd Muslim Ahmad, 29, akhirnya memilih model muslimah yang dikenali sebagai Fara Lisa sebagai teman hidup.

Mengikat tali pertunangan bersama model cantik itu pada 24 Ogos lalu, pasangan ini memilih 14 Disember ini bagi melangsungkan majlis pernikahan.

Tunang kepada Muslim Ahmad ketika dihubungi mengesahkan sudah bertunang dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan itu dan bakal bernikah pada bulan hadapan.

Empat tahun berkawan, pasangan ini bertunang pada 24 Ogos lalu.

“Majlis nikah pada 14 Disember akan berlangsung di masjid berdekatan kediaman saya di Klang manakala majlis sanding akan diadakan di Duchess Place, Ampang pada keesokan harinya,” kongsi Fara.

Fara atau nama sebenarnya, Farra Alisa Mohd Zairi mengakui sudah empat tahun mengenali tunangnya itu selepas diperkenalkan seorang kawan sewaktu pemain bola sepak popular itu mewakili pasukan Kelantan.

Fara mengakui tertarik dengan Muslim Ahmad yang disifatkan lembah lembut dan berbudi bahasa.

“Saya mengenali Muslim melalui kawan. Mulanya hanya sekadar kawan biasa, tak sangka Muslim menunjukkan minat untuk berkenalan lebih rapat dengan meminta izin daripada keluarga saya.

“Paling mengejutkan dia sanggup datang ke rumah berjumpa ibu bapa saya menyatakan hasrat untuk meminang,” ujar Fara menyifatkan Muslim seorang jejaka lemah lembut dan berbudi bahasa.

Kongsi Fara lagi, dia menerima Muslim sebagai calon suami kerana tertarik dengan keperibadian jejaka itu yang tidak cemburu buta, memahami dan suka mengalah.

Pasangan ini memilih busana perkahwinan daripada pereka fesyen Ezuwan Ismail untuk digayakan pada hari bahagia itu nanti. 

 

Sumber foto: Instagram Fara Lisa

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:mhetv