HAKIKAT POLIGAMI YANG DISEMBUNYIKAN
1. Ramai orang menuduh bahawa poligami itu merampas suami orang. Jawapan Akak…
SALAH!
HAKIKATNYA:
Poligami itu memiliki suami secara bersama-sama yg sah menurut syariat agama. Jika merampas maknanya isteri pertama tidak ada hak lagi seolah2 dicerai. Jika begitu, tidak terjadilah poligami tetapi monogami.
.
2. Ramai orang mempertahankan bahawa poligami itu mesti diizinkan oleh isteri tua.
SALAH!
HAKIKATNYA:
Poligami itu tidak perlu minta izin kepada isteri.
Ketika Rasulullah menikahi wanita Yahudi cantik bernama Shafiyyah binti Al-Akhtab, Rasulullah memberitahu Aisyah bahawa beliau menikah dengan Shafiyyah. Ini membuat Aisyah cemburu sekali dan mengatakan, “Dia seorang wanita Yahudi.” Dan dijawab oleh Rasulullah, “Janganlah engkau berkata seperti itu kerana dia telah masuk Islam dan baik pula keIslamannya.”
3. Ramai orang menyangka bahawa poligami berdosa karena menyakiti perasaan wanita (membuatnya cemburu).
SALAH!
HAKIKATNYA:
Poligami itu suami menggunakan haknya, cuma terkadang isteri iri hati (bukan salah orang yang menggunakan hak tetapi salah orang yang iri hati). Cemburu wujud sebagai tanda cinta isteri kepada suami bukan kerana perlakuan suami menyakiti hati isteri.
Poligami menguji keikhlasan dan keredhaan wanita terhadap ketentuan Allah. Semakin ikhlas pasti semakin banyak pahala. Semakin tidak ikhlas apatah lagi diwujudkan dalam bentuk kemarahan dan perbuatan protes, maka semakin bertambah dosa.
Tentang masalah cemburu, isteri-isteri Rasulullah dan isteri-isteri Sahabat Rasulullah yang berpoligami juga cemburu antara satu sama lain. Akan tetapi, ini tidak bermakna Rasulullah dan para sahabat menyakiti perasaan isteri-isterinya. Kalau diertikan bahawa cemburu itu menyakiti perasaan isteri, maka tidak mungkin Rasulullah dan para sahabatnya dijamin masuk syurga oleh Allah.
4. Ramai orang yang mendakwa bahawa orang yang berpoligami zaman sekarang tidak mampu berlaku adil seperti zaman Nabi.
SALAH!
HAKIKATNYA:
Berlaku adil itu boleh dilakukan oleh sesiapa pun, bila dan di mana sahaja tidak dibatasi oleh zaman. Jika umat Nabi Muhammad tidak boleh berlaku adil dalam poligami, maka poligami akan dilarang secara mutlak. Hukum Islam dan Al-Quran sesuai sepanjang zaman termasuk ayat dibenarkan poligami.
5. Ramai orang yang berpendapat bahawa isteri pertama mestilah mendapat layanan istimewa berbanding isteri kedua, ketiga atau keempat.
SALAH!
HAKIKATNYA:
Perbuatan seperti itu adalah adat orang zaman Jahiliyyah. Setelah Islam datang, maka semua adat itu diubah oleh Islam. Setelah sah secara syariat menjadi isteri, maka semua isteri (1, 2, 3 & 4) mempunyai kedudukan, hak dan kewajipan yang sama terhadap suami.
6. Ramai orang mendakwa poligami mengambil hak isteri tua. SALAH!
HAKIKATNYA:
Dalam poligami, suami mengambil dan menggunakan kuota serta haknya sendiri. Isteri kedua, ketiga dan keempat juga menggunakan haknya sendiri juga. Isteri pertama, isteri kedua, ketiga atau keempat jika menghalang dan mencegah suami menunaikan hak kepada isteri lain, itulah orang yang menghalangi hak 4 orang dan sebaliknya.
7. Ramai orang menuduh bahawa zaman sekarang poligami hanya menuruti hawa nafsu.
SALAH!
HAKIKATNYA:
Poligami itu mengawal hawa nafsu daripada perbuatan haram, tercela dan berdosa agar menjadi perbuatan halal, terpuji dan berpahala.
8. Ramai orang menyindir bahawa kalau mahu berpoligami mengikut sunnah Nabi, carilah wanita janda yang tidak laku. SALAH!
HAKIKATNYA:
Untuk menikah, Rasulullah tidak menganjurkan memilih janda, bahkan menganjurkan memilih gadis dahulu atau janda/balu yang sesuai dengan selera sehingga dibenarkan melihat calon isteri terlebih dulu.
9. Ramai orang menyangka bahawa poligami hanya membawa banyak masalah.
SALAH!
HAKIKATNYA:
Poligami mengatasi masalah suami agar lebih terjaga pandangan dan mengawal nafsu. Selain itu, ia membantu masalah wanita yang memerlukan perhatian, pengawasan, bimbingan pendidikan, nafkah dan perlindungan. Poligami juga solusi apabila ramainya para janda dan balu serta ‘andalusia’ kesepian.
Sekadar pengetahuan, bkn untuk dibahaskan agar dikongsi sesama rakan. Semoga ada kebaikan bagi yg ada kemampuan dan dipilih Tuhan untuk menabur bakti.
C&P
#poligami
#poligamiituindah
#poligamiitumudah
#poligamiitubahagiaJikaAdil
Kredit: Afiq Masri