Sebagai seorang manusia biasa, kita tak pernah terlepas melakukan kesilapan. Namun hakikatnya, ramai masih ‘buta’ dan tidak sedar akan kesalahan yang dicetuskan diri. Seperti berfesyen umumnya, kita sering sahaja mahu mengikut trend tetapi adalah salah bila kita tidak “mengukur baju dibadan sendiri”.
Tak semua benda kita boleh tiru orang dan sesebuah trend itu tidak semestinya kita ikut semata-mata mahu berada dalam kelompok norma masyarakat -sehingga sanggup digelar “kampungan”?
Nah, Wanista senaraikan 5 kesalahan yang masih banyak dilakukan wanita Malaysia dalam pada galak hendak berfesyen dan mengikut trend.
#1 Selipar Jepun + Skinny Jeans
Nampak pelik seolah-olah kaki kamu “togel” bila memadankan selipar jepun (flip-flops) dengan seluar denim yang berpotongan ketat mengikut kaki… Lebih-lebih lagi jika kaki kamu terlalu kurus seperti tiang gol.
Penulis lihat, ramai anak muda dalam kalangan orang kita mengenakan selipar jepun dengan jeans ketat sebegitu rupa. Kononnya hendak nampak kasual tapi sebenarnya sangat buruk untuk dilihat. From now on, stop it.
#2 Tudung + Baju-T Lengan Pendek
Biasa kita lihat, fesyen-fesyen sebegini banyak digayakan mereka yang berniaga di restoran Tom Yam mahupun di gerai-gerai pasar malam. Maaf, tetapi menurut hasil tinjauan penulis, wanita yang mengayakan tudung dengan Baju-T berlengan pendek lazimnya berasal dari Pantai Timur.
But no offence, kalau dari segi penilaian fesyen pun ianya dianggap langsung tidak sopan dan kelihatan pelik… apatah lagi dari segi hukum syarak menurut tata cara pemakaian seorang muslimah. Lagilah SALAH kan?
#3 Fanny Pack Di Dada?
Rasanya, makcik yang jual pisang goreng tu lagi “celik fesyen” daripada kamu yang memakai beg jenis fanny pack di dada. Fanny Pack mengikut sejarahnya yang popular sekitar era 90-an itu seharusnya dipakai di pinggang dan bukannya disilang ke dada. If you are one of them yang silang fanny pack di dada, hentikanlah.
Kalau ye pun nak ikut cara adik Neelofa si Amira Khan tu menyilang fanny pack di dada, agak-agaklah… dia tu cantik, orang kalau dah cantik pakai apa pun nampak molek. Plus, she’s freehair. Kalau hijabi pakai fanny pack di dada it’s a big no no!
#4 Sanggul Tinggi Melampau
Sanggul tinggi-tinggi tu nak pergi mana kak? Penulis mengaku, dahulu pun penulis suka pakai tudung dengan menampakkan gaya sanggul tinggi, konon rasa cantik. Tapi bila bayangkan balik memang sumpah buruk okay!
Memang tak salah kalau kita hendak bersanggul di dalam tudung kerana cara itu lebih kemas dan selesa bagi kita yang berambut panjang, tetapi pastikan ianya tidak diikat terlalu tinggi.
#5 Jubah Kain Lycra + Berpinggang
Kalau rasa badan tu penuh dengan lemak dan kelihatan berlapis-lapis, janganlah memakai sebarang pakaian yang berasaskan fabrik getah jenis lycra. Ada tu bertudung dah sopan, tapi pakai jubah kain lycra… ternampak pula garisan seluar dalam. Hmm.. siapa nak tegur?
Sudahnya orang tengok sahaja. Sebarang pakaian yang dibuat menggunakan kain lycra memang tidak logik untuk dipakai kerana ia mampu menampakkan lekuk-lekuk tubuh tidak ideal. Pastikan kalau nak pakai jubah juga, pakai yang tak berpinggang dan berpotongan “A” okay?
Cuba periksa diri sendiri, ada tak lakukan lima kesilapan berpakaian ni?
Selamat beramal! ❤
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: wanista