10 Tabiat Yang Biasa Kita Buat Boleh Menyebabkan Kerosakan Pada Otak

Mungkin kita pernah dengar ada kawan-kawan yang tiba-tiba terkena masalah saraf dan tidak kurang juga yang men inggal dunia kerana da rah beku pada otak.

Yang mengejutkan mangsa yang kita kenali memang sihat tubuh badan dan tidak pernah mengadu sakit apa-apa.

Kerosakan otak boleh berlaku secara drastik disebabkan tra uma semasa kema langan sama ada perlan ggaran pada bahagian otak yang kuat ataupun disebabkan oleh penyakit lain seperti tekanan da rah tinggi.

Namun, sebenarnya aktiviti seharian kita juga boleh menyebabkan kerosakan otak jika dilakukan kerap dan dalam tempoh yang lama. Cuba perhatikan 10 tabiat ini adakah yang merupakan rutin dalam hidup kita?

 

1. Tidak mengambil sarapan pagi

Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam da rah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan

Ia akan membebankan pembuluh da rah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Merokok

Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’

4. Penggunaan gula yang berlebihan

Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara

Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur

Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita ma ti.

7. Menutup muka ketika tidur

Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.

Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi

Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir

Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

 

 

 

Sumber:BlogMazeer