KESUNGGUHAN penyanyi dan pelakon Shima berniaga nasi berlauk di kawasan perumahan pangsapuri Damansara Damai membuatkan pengusaha rempah popular Mak Siti terharu terkenang masa lalu.
Kata anaknya, Siti Khawa Jannah Nasuha,“Mak (Hajah Siti Hajir Salleh , 68) teringat zaman lalu dalam hidupnya. Ramai ak tahu mak berniaga secara kecil-kecilan, menjual nasi berlauk di warung.
“Bila Mak Siti baca berita Shima dan suaminya tak kisah berniaga di warung, mak puji usaha mereka berdua. Yalah, angun awal pagi, memasak dan sama-sama membanting tulang dan tenaga, demi mencari rezeki.
“Mak berbesar hati memberikan sumbangan rempah-rempah jenama syarikatnya Mak Siti untuk Shima memasak.”
Mana tahu, berkat usaha dan kesabaran , tak lama lagi, Shima mengikut jejak Mak Siti menjadi penerbit produk masakan.
URTV Online difahamkan, Mak Siti juga sudi memberikan harga murah kepada Shima untuk membeli produk mereka, bagi meneruskan perniagaannya.
Pengurus acara dan artis, Dankerina Evanglista mewakili syarikat Mak Siti telah menyampaikan sumbangan berupa hamper kepada Shima.
“Terima kasih atas sokongan Mak Siti. Tak lupa juga semua, baik peminat-peminat, rakan-rakan wartawan juga penduduk sekitar Damansara Damai yang terus memberikan sokongan.
“Insya Allah Warung Teringin yang saya dan suami usahakan terus beroperasi macam biasa sebelah pagi sekitar 11.00 hingga 3.00 petang kecuali hujung minggu. Ini kerana saya masih menerima tawaran menyanyi kalau ada yang mengundang pada Ahad,” kata Shima yang tak putus asa dengan cubaan hidup.
Shima wajar menjadi contoh kepada mereka yang hanya mengeluh berbanding bekerja. Sesungguhnya di sebalik dugaan ada hikmah yang Allah telah sediakan. Hendaknya kita bersyukur dan tidak mudah kecewa.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: urtv