Sekarang ni terdapat segala macam jenis resepi untuk kuruskan badan kan. Daripada resepi makanan sihat, jus kurus, air detoks dan macam-macam lagi. Dalam banyak-banyak tu pasti ada satu yang berkesan untuk anda.
Selain daripada resepi-resepi diatas tu, dengan minum air teh sahaja pun boleh kurus tau. Kalau nak tahu, terdapat banyak jenis teh untuk kurus dijual diluar sana. Tapi bukan teh yang orang jual online tu ye.
Jom lihat 4 jenis teh yang pasti berkesan untuk hilangkan berat badan anda.
1. Teh Hijau
Yang ni confirm ramai yang dah tau keberkesanannya kan. Teh hijau memang boleh menurunkan berat badan malah bukan itu sahaja, ia juga mampu untuk mencantikkan kulit dan mestabilkan hormon dalam badan.
p/s: Teh hijau kosong tau! jangan minum green tea latte starbucks pulak
2. Teh Oolong
Teh ini sangat terkenal dikalangan masyarakat Cina. Teh Oolong ini memiliki komponen polyphenol yang sangat bagus untuk mengawal metabolisma badan. Teh ini juga dikatakan boleh menurunkan risiko obesiti jika diamalkan setiap hari.
3. Teh Pudina
Pada sesiapa yang mulut memang tak boleh berhenti dari mengunyah tu boleh cuba amalkan minum teh pudina ini. Rasa dan aroma dari minyak pappermint yang terdapat dalam teh ini akan melenyapkan selera anda. Teh ini juga sangat bagus untuk mengurangkan masalah berat badan.
4. Teh Putih
Selain teh hijau dan hitam teh putih juga wujud, cuma ramai yang tak tahu tentang kewujudan teh ini disebabkan harganya yang mahal. Teh ini mempunyai pelbagai jenis khasiat antaranya adalah dapat menghalang proses pembentukan lemak.
Lebih mudah, pergi sahaja ke kedai herba cina pasti anda akan jumpa dengan empat jenis teh ini. Bukan nak kata teh kurus yang dijual dipasaran tu tak bagus, cuma kita tak pasti ramuan yang digunakan betul ataupun tidak. Cari sendiri kan lebih selamat.
Selamat mencuba.