Amat menjengkelkan apabila sedang solat tiba-tiba ada orang melintas di depan kita.
Perkara tersebut kerap berlaku, terutama ketika menunaikan solat sunat selepas Jumaat, manusia-manusia ini dengan selambanya melintas tanpa ambil kisah kita sedang menunaikan solat.
Amat perlu kita semua menasihatkan diri dan semua yang dikenali agar menjauhi sikap melintas di hadapan orang solat, terutamanya bagi mereka yang amat prihatin dalma hal solat.
Salah satu tanda keperihatinan seseorang itu dengan solatnya adalah apabila ia meletakkan ‘penghadang’ khusus di depannya ketika solat sunat seorang diri.
Tegahan melintas di hadapn orang solat ini disebut dalam dua hadis ini, sabda Nabi s.a.w :-
لو يَعْلَمُ الْمَارُّ بين يَدَيْ الْمُصَلِّي مَاذَا عليه لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا له من أَنْ يَمُرَّ بين يَدَيْهِ قال أبو النَّضْرِ لَا أَدْرِي أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أو شَهْرًا أو سَنَةً
Ertinya : Sekiranya seorang yang melalui di hdapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini, berkata perwai : aku tidak tahu samada Nabi menyebut EMPAT PULUH hari atau bulan atau tahun” ( Riwayat Al-Bukhari) [1]
Dan sebuah lagi hadis menunjukkan besarnya dosa lalu dihadapan orang solat :-
إذا صلى أحدكم إلى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ من الناس فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بين يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هو شَيْطَانٌ
Ertinya : Apabila seorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah menghalangnya, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi hadapannya maka hendaklah ingin menegahnya, jika ia (yang ingin menyeberang) enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh menghalangnya kerana ia adalah Syaitan” ( Riwayat Al-Bukhari) [2]
Jelas dari dalil-dalil ini, sangat perlu untuk kita meletakkan sutrah (penghadang) agar tiada individu yang mendapat dosa kerana melalui di hadapan kita selain merosakkan solat kita.
Selain itu, amat perlu juga kita menahan sekiranya terdapat individu ingin melintas sewaktu kita menunaikan solat.
Hukum Melintas Di Depan Orang Sedang Solat.Lepas Ni Kena Lebih Berhati hati
Ada yang bertanya kepada saya, mengapakah dosa melintas ini kelihatan terlalu besar?. Jawabnya mudah.
Anggaplah apabila anda melintas di hadapan orang yang solat, individu tersebut telah menunjukkan kebiadapannya terhadap Allah s.w.t, tiada hormat kepada Allah yang sedang berhadap kepada orang yang solat.
Keadaan ini jelas dari sabdaan baginda nabi s.a.w :-
فإذا صَلَّيْتُم فَلا تَلتَفِتُوا , فإنّ اللهَ يَنْصِبُ وَجْهُه لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِي
صَلاتِهِ مَا لمْ يَلتَفِتْ
Ertinya : “Apabila kamu solat, janganlahkamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain” ( Al-Bukhari dan Abu Daud) [3]
Jelas, individu yang lalu TANPA HORMAT kepada Allah dan orang yang bersolat melintas. Secara langsung juga, individu itu juga biadap kepada orang yang sedang solat.
Namun perlu dijelaskan isu ini dengan melihat beberapa keadaan:
1. Hukum melintas di hadapan orang solat yang meletakkan sutrah (tanda penghalang). Para ulamak mengharamkan seseorang melintas di hadapan seseorang yang sedang solat yang MELETAKKAN SUTRAH, sekalipun solat orang itu tidak batal sebabnya.
Kata Imam An-Nawawi : Dalam Mazhab Syafie jarak seseorang dengan sutrah itu janganlah jauh melebihi tiga hasta; dan dalam jarak inilah seseorang dilarang melintas di hadapannya.
2. Hukum melintas di hadapan orang yang solat tanpa sutrah.
Kata Imam An-Nawawi dalam Syarah Muslim : Adalah MAKRUH melintas dalam keadaan demikian; demikian juga jika ada sutrah, tetapi letaknya jauh.
Berkata Ibnul Qayyim: “Menurut Ibnu Hibban dan lain-lain, hukum haram yang disebutkan itu ialah bila orang yang solat itu menggunakan tabir/sutrah. Maka kalau tidak pakai tabir, tidaklah haram lalu di depannya.
3. Hukum melintas orang yang sedang solat kerana hendak memenuhkan sof. Kata Imam An-Nawawi : Seandainya ada kekosongan di sof pertama (yang kerap menjadi rebutan orang ramai), maka bolehlah seseorang melintas orang yang sedang solat di sof kedua (atau lainnya) dan masuk berdiri di tempat tersebut disebabkan kealpaan orang-orang di belakang tidak memenuhkan tempat yang perlu dipenuhkan.
Berdasarkan perbuatan Abdullah bin Abbas r.a., sebagaimana yang diriwayatkan dalam Sohihain, Ibnu Abbas berkata; “Aku datang dengan menunggang keldai betina. Ketika itu aku hampir menginjak masa baligh. Rasulullah sedang solat di Mina dengan tidak menghadap ke dinding.
Maka aku lalu di depan sebagian sof. Kemudian aku melepaskan keldai betina itu supaya mencari makan sesukanya. Lalu aku masuk kembali di tengah sof dan tidak ada seorang pun yang mengingkari perbuatanku itu” (Muttafaq ‘alaih).
4. Khusus di Masjidil Haram Boleh lalu di depan orang yang sedang solat (tidak seperti di masjid-masjid lain). Hal ini berdasarkan beberapa atsar (perbuatan) para salafus solih yang membiarkan orang yang lalu di depan mereka yang sedang solat di Masjidil Haram, baik yang lalu itu orang-orang yang sedang tawaf atau bukan.
Di antara salafus solih itu adalah Abdullah bin Jubair. Bahkan orang yang towaf itu adalah orang-orang yang lebih berhak berada di tempat towaf. Kerana tidak ada tempat lain selain ini. Sedangkan orang yang solat, dia boleh solat di tempat lain. Adapun orang yang towaf tidak memiliki tempat lain selain sekeliling Kaabah, sehingga ia lebih berhak.
Hal ini juga disebabkan kerana Masjidil Haram itu selalu penuh sesak, sehingga tidak memungkinkan melarang orang yang akan lalu di depan orang yang sedang solat.
Dalam hal ini, kita wajib memberikan kelonggaran dan kemudahan kepada sesama jamaah. Namun jika boleh menghindari hal ini (seperti ada laluan) tanpa perlu melintasi orang yang sedang solat, maka itu lebih disukai.
Kerana sebagaimana jika kita solat tentu kita tidak ingin mendapatkan gangguan sedikit pun, maka hendaknya kita pun berusaha tidak memberikan gangguan pada orang lain yang solat.
Sebagaimana sabda Nabi s.a.w : “Tidak beriman seseorang di antara kamu hingga ia menyukai saudaranya sebagaimana ia menyukai sesuatu itu untuk dirinya” (Muttafaq ‘alaih) Moga boleh menjadi panduan.
Kesimpulannya, jauhilah sifat buruk dan dosa ini. Adapun ketika di Mekah yang terlalu ramai manusianya yang pelbagai ragam dan sikap, mungkin ada keringanan sedikit disebabkan keadaan yang tidak amat sukar dikawal, namun demikian keadaan tersebut masih boleh dikawal di Malaysia.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber:islamituindah dan MUIS