Beberapa laluan di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) akan ditutup secara berperingkat bermula 10 malam ini sehingga 7 April bagi memberi laluan kepada pembinaan jambatan penghubung Saloma oleh Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB).
Menurut kenyataan, Projek Lintasan Kota Sdn Bhd (PROLintas), syarikat konsesi bagi AKLEH, penutupan sementara akan dilaksanakan di lorong, laluan masuk dan laluan keluar yang ditentukan di lebuh raya itu.
Sehubungan itu, pihaknya memohon maaf atas kesulitan dihadapi dan meminta pengguna mematuhi arahan yang dikeluarkan.
Orang ramai yang mahu maklumat lanjut boleh layari Facebook Prolintas Highway atau talian bebas tol AKLEH 1-300-88-10.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: mhetv