Islam Menggalakkan Makan Habbatus Sauda

Apa Itu Habbatussauda?

Di negara barat, tumbuhan ini dikenali sebagai blackseed, black caraway, natura seed, black cumin, love-in-the-mist, nutmeg flower. Di Malaysia pula ia dipanggil jintan hitam, biji bunga adas, biji bawang, ketumbar Rom dan lain-lain.

Manakala di Arab Saudi, ia dikenali dengan nama habbatul barakah. Seterusnya di Turki, ia dipanggil dengan nama corek out dan di India, ia digelar kalonji.

Apa jua namanya, ia masih tetap merujuk kepada satu jenis tumbuhan herba ini iaitu habbatussauda atau nama saintifiknya, Nigella Sativa yang memiliki pelbagai khasiat. Ia banyak digunakan dalam masakan India dan Timur Tengah.

Khasiat Habbatussauda

Biji habbatussauda yang berbentuk segitiga dan berwarna hitam ini memiliki aroma yang sangat unik dan di dalamnya terdapat kandungan minyak yang berkhasiat. Antara manfaat atau kebaikan habbatussauda adalah seperti berikut:

Ia bersifat antibakteria.

Dapat mengatasi penyakit dia betes atau kenci ng manis.

Dapat menstabilkan kadar gula di dalam tubuh.

Dapat meningkatkan sistem ketahanan tubuh badan.

Dapat membantu melancarkan pembuangan angin dari dalam tubuh dan menghangatkan badan sehingga dapat mencegah kemasukan angin ke dalam tubuh.

Dapat mengatasi s akit perut, cirit-birit, sembelit, kembung perut dan melancarkan sistem pencernaan tubuh badan.

Membantu mencegah dan memb unuh perkembangan sel k anser di dalam tubuh (antik anser).

Mampu mengurangkan tekanan da rah tinggi, meningkatkan kesihatan hati dan mencegah kerosakan hati.

Membantu meningkatkan daya ingatan dan perkembangan otak.

Merawat penyakit asma, dem am dan masalah kulit (ekzema, rad ang dan keme .rahan)

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda;

“Pada habbatussauda itu terdapat syifaa’ (penawar) bagi segala penyakit, melainkan as-Saam (ma ti).”
– Hadis Riwayat Sahih Al-Bukhari dan Muslim.

Cara Pengambilan Habbatussauda

Di pasaran, habbatussauda ini dijual dalam pelbagai bentuk sama ada berbentuk biji atau kapsul minyak.

Terpulang kepada kita untuk mengambil dalam bentuk mana sekalipun kerana keduanya memiliki khasiat dan dari sumber yang sama.

Cara memakan habbatussauda pula juga mengikut tujuan, contohnya untuk melancarkan peredaran da rah, kencing manis atau batu karang, biji habbatussauda itu ditumbuk dan campurkan dengan madu berserta air hangat, kemudian diminum setiap hari.

Hati-hati Penggunaan Habbatussauda Untuk Ibu Mengandung

Walaupun habbatussauda mempunyai pelbagai khasiat penting untuk tubuh dan kesihatan badan manusia, tetapi tumbuhan herba ini tidak sesuai untuk ibu yang hamil, lebih-lebih lagi pada usia kandungan yang terlalu awal kerana bimbang akan menganggu kesihatan janin yang terdapat di dalam kandungan tersebut.

Ini kerana, kandungan biji jintan hitam itu akan memberi kesan panas pada tubuh.

Dan, kepada mereka yang mempunyai penyakit kritikal sebaiknya berbincang dan mengambil nasihat doktor terlebih dahulu sebelum berhajat untuk mengamalkan pemakanan sunnah habbatussauda ini.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca semua. Wallahua’lam

 

Sumber

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: islamituindah