Korang tau tak, sebenarnya dari kek batik asas, kita boleh jadikan dia kek batik cheese, kek batik oreo di atas permukaannya dan boleh juga tambah lagi nutella.
Memang sangat sedap dan yang penting , tak pahit tau.
Jom kita tengok bahan-bahan membuat kek batik lembut special ni.
Rujuk gambar ya.
Nota:
1.Biskut Marie tak kisah mana-mana jenama . Tapi nak sedap pilih seperti dalam pic ni jenama Morris.
2.Untuk tips elakkan bahan adunan hangit, guna api kecil sahaja dan non stick pan ya.
Cara-cara membuat kek batik
#1: Panaskan kuali. Masukkan 200 gram buttercup. Guna api perlahan je.Bila butter mula mencair, masukkan 3/4 susu pekat. Kacau rata adunan.
#2: Seterusnya , masukkan 5 sudu besar milo dan 1 sudu besar serbuk koko. Kacau rata sehingga adunan menjadi sedikit likat berkilat.
#3: Tutup api . Tak sampai 10 minit je proses ini semua. Boleh mula patah-patahkan biskut Marie. Hancurkan sedikit dengan senduk kayu untuk dapatkan tekstur seperti dalam gambar. Sediakan loyang dan plastik .
#4: Masukkan lapisan pertama. Kemaskan adunan di segenap ruang loyang. Gunakan lebihan plastik tu untuk menekan adunan. Ulang langkah yang sama sehingga adunan habis.
Tekan kuat sikit supaya adunan kek batik menjadi padat dan kemas.
#5: Dah siap tekan, boleh tambah toping kesukaan anda jika mahu.Nak letak nutella, oreo atau cream cheese, terpulang ya.
Tutup adunan tadi dengan plastik dan sejukkan 3-6 jam atau semalaman dalam peti sejuk.
#6: Keluarkan kek dan potong dengan pisau yang taj am.Mula-mula potong memanjang setebal 1 1/2 inci setiap lajur. Potong lagi jadi empat segi membentuk blok kecil. Siap. Senang je kan?
Best tau resepi ni.Selamat mencuba.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: daridapur