“Hagia Sophia tidak akan dijadikan muzium. Status itu akan ditukar dan kita akan mula mengenalinya sebagai Masjid Hagia Sophia. Sesiapa yang datang ke Hagia Sophia akan menziarahinya sebagai sebuah masjid.”
Itu kemahuan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan ketika diwawancara dalam sebuah program televisyen tempatan.
Selain mahu mengembalikan semula seni bina indah tersebut ketika zaman kegemilangan Uthmaniah suatu ketika dulu, pemimpin kesayangan rakyat Turki ini turut menyifatkan tindakan mengubah Hagia Sophia atau Ayasofya sebagai sebuah muzium adalah satu kesilapan besar.
Bangunan bersejarah yang dulunya merupakan sebuah gereja dan masjid serta muzium itu sering menjadi punca pertelagahan antara penganut Kristian dan Muslim disebabkan aktiviti yang dianjurkan masyarakat di bangunan berkenaan.
Hagia Sophia ditukar menjadi masjid pada tahun 1453 ketika empayar Uthmaniah menawan Istanbul.
Namun selepas ia tumbang, negara moden dan sekular Turki ditubuhkan sekaligus menyaksikan masjid itu dijadikan muzium pada 1953 iaitu selepas 500 tahun ia menjadi tempat beribadat umat Islam!
Tambah Erdogan lagi, “Perancangan menukarkan Hagia Sophia menjadi masjid akan dibincangkan selepas pilihan raya.
Kami fikir masanya telah tiba untuk memikirkan langkah seterusnya ekoran kita tahu permintaan ke arah itu.”
Erdogan kini sedang dalam proses berkempen untuk Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pada hujung Mac ini.
Sebelum ini, Hagia Sophia menjadi tempat untuk semua penganut agama bermeditasi dan menikmati keindahan seni binanya yang telah dibangunkan sejak kurun keenam.
Moga impian Erdogan dan seluruh umat Islam untuk melihat Hagia Sophia menjadi masjid akan dapat direalisasikan!
Sumber: Astro Awani via Nona
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK