Selepas empat kali mengalami kegagalan dalam perniagaan, penyanyi Nubhan memberitahu dia lebih memahami selok belok dunia yang pada mulanya agak asing untuk dirinya.
Jelasnya antara kejadian yang paling diingatinya ialah ketika diti pu puluhan ribu ringgit serta dipandang rendah mereka yang tidak yakin dengan kemampuannya sebagai seorang usahawan.
Sesi sembang santai bersama Nubhan pada program Program Keusahawanan Penggiat Seni Malaysia. Nubhan berkongsi ilmu dan pengalamannya dalam bidang perniagaan.
“Ini adalah perniagaan kelima saya, selepas empat kali mengalami kegagalan dalam perniagaan. Syukur saya tidak pernah berasa putus asa sebab setiap kega galan itu seperti mencabar diri saya.
“Tidak dinafikan apa yang dilalui itu ibarat pengalaman terbaik untuk diri saya.
Bayangkan ketika awal-awal menceburkan diri dalam bidang ini saya bagaikan mempunyai idea bagaimana untuk menguruskan sebuah perniagaan,” jelasnya ketika ditemui pada Program Keusahawanan Penggiat Seni Malaysia anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dengan kerjasama Media House Entertainment Sdn Bhd.
Bukan mudah bergelar usahawan berjaya. Namun Nubhan yang bermula dari bawah, kini mampu tersenyum puas dengan pencapaiannya hari ini.
Sementara itu, bergelar jutawan di usia muda, Nubhan tidak mahu menolak dia cukup menghargai apa yang dimilikinya namun itu tidak bermakna dia cukup selesa.
“Alhamdulillah dengan apa yang saya miliki. Tidak dinafikan perniagaan juga berlangsung dengan baik.
Nubhan ketika menyertai AF6
“Namun sebenarnya bukan mudah untuk mempunyai gelaran itu. Sebab ada tanggungjawab berbeza yang perlu saya pikul apabila orang di luar sana menjadikan saya sebagai sasaran untuk mendapatkan tajaan atau dana,” katanya.
Semoga terus sukses,Nubhan!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: mhetv