Datuk Shah Rukh Khan Terima Gelaran Doktor Untuk Kali ke-4

Pelakon antarabangsa, Datuk Shah Rukh Khan menerima gelar doktor kehormat untuk keempat kalinya.

Untuk kali ini, aktor yang berasal dari India itu menerima gelaran tersebut dari University of Law, London,England.

Menerusi akaun IGnya, beliau memberitahu yang beliau menerima gelaran doktor kehormatan untuk bidang filantropi.

Kali pertama aktor Kuch Kuch Hota Hai ini menerima gelar doktor ialah pada tahun 2009 dari Universiti Bedfordshire, England. Beliau dianugerahi doktor kerana sumbangan beliau di bidang seni dan budaya.

Kemudian pada 2015, Universiti Edinburgh pula menganugerahi gelar doktor atas usahanya di kegiatan amal dan pencapaian cemerlangnya sebagai seorang aktor.

Gelaran ketiga doktor Shah Rukh Khan diterima pada 2016 dari Maulana Azad National Urdu University, Urdu, India. Shah Rukh Khan dianggap berjasa dalam mempromosikan bahasa dan budaya Urdu secara global.

Wah, hebat. Ini yang dikatakan maki tua makin menjadi! Tahniah Datuk! 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: m.detik