Saharul Mahu Khatam Quran Bersama Isteri, Ini Baru Relationship Goal!

Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon kacak, Saharul Ridzwan. Dia yang sudah mendirikan rumah tangga bersama Deena Amir sejak 2016 lalu nampaknya tenang melayari bahtera perkahwinan dengan bahagia.

Mengakui bahawa dia sudah bergerak perlahan dalam industri hiburan,  Saharul Ridzwan kini sedang sibuk dengan perniagaannya. Baru-baru ini, dia ada memuat naik gambar isterinya ke Instagram.

Dalam posting tersebut, Saharul Ridzwan telah menyuarakan hasrat murni untuk sama-sama mengkhatamkan Al-Quran bersama isterinya, Deena Emir pada tahun ini.

Inilah harta yang kita nak bawa ke akhirat

Jika tiga tahun lepas Deena Emir berkeseorangan dalam mengkhatamkan Al-Quran, tahun ini pastinya menjadi tahun yang lebih indah kerana ditemani suami di sisi. 

Posting tersebut telah meraih lebih 174,000 likes setakat ini. Bukan itu sahaja, netizen juga sempat memuji kecantikan Deena Emir serta kebahagiaan rumah tangga p4sangan sweet ini.

Cantik…Pandai tutup aurat pula tu

Seindah takdir cinta anakanda berdua…Amin

Suka tengok p4sangan ini

Bagusnya nak sama-sama khatam…Nak sama-sama sampai akhirat

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: Erin Sakura