Siti Nordiana tak sangka nukilan pertamanya menang Anugerah Buku Negara 2019

Kemenangan julung kali diraih oleh penyanyi popular, Siti Nordiana atau Nana menerusi trofi Buku Umum Terbaik ketika berlangsungnya Anugerah Buku Negara 2019 pada Isnin lalu amatlah di luar jangkaannya.

Menurut Nana, dia langsung tak menjangka bahawa pengalaman kali pertama menulis buku autobiografi membawa tuah kepadanya sementelah mengenangkan liku yang perlu dihadapi sepanjang proses menghasilkannya.

“Alhamdulillah, bagaikan tak percaya, buku Life Goes On nukilan saya ini berjaya mendapat pengiktirafan setinggi ini.

“Ternyata usaha selama dua tahun untuk menyiapkannya membuahkan hasil.

“Terima kasih buat semua pihak yang memberi kepercayaan kepada saya terutama syarikat penerbitan Must Read Sdn. Bhd.,” ujarnya.

Tambah penyanyi lagu Hatiku Milikmu itu, perkongsian sisi peribadi yang dikongsikan dalam penulisannya diharap mampu memberi inspirasi kepada semua ibu tunggal yang senasib dengannya.

Life Goes On mengisahkan hidup saya sebelum menyertai Gegar Vaganza musim kedua lagi dan buku ini masih dijual di kedai-kedai buku seluruh negara,” jelas Nana. 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mhetv