Buntu dengan hidangan pagi untuk seisi keluarga ? Apa kata anda cuba satu resepi baru ini yang pasti memikat selera anak-anak. Resepi Risoles Daging Bercheese Step By Step.
Apa kata kita tengok resepinya langkah demi langkah untuk anda berjaya pada kali pertama percubaan sahaja.
Apa yang boleh kami beritahu , resepi ini terdiri daripada kulit risoles, inti dan seterusnya goreng. Memang senang kan ?
Langkah 1 : Menghasilkan Kulit Resepi Risoles Daging Cheese
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan susu segar
- 1 1/2 cawan air biasa
- Garam secukup rasa
- 1 biji telur
Tips : Gunakan cawan yang sama untuk menyukat bahan
Cara membuatnya pula adalah :
#1: Blender kesemua bahan di atas sehingga hancur dan sebati dan tuang adunan yang telah siap ke dalam bekas. Pastikan kepekatan adunan adalah sederhana agar adunan boleh dilenggang di dalam kulai . Untuk lebih cantik , anda gunakan kuali non stick . Adunan di atas boleh menghasilkan 30 keping kulit risoles
Cara pembuatan kulit risoles. Angkat bila sudah kekuningan
Langkah 2 : Menghasilkan Inti Risoles Untuk Resepi Risoles Daging Cheese
- 400gm daging cincang / daging kisar
- 5 biji kentang bersaiz sederhana yang dipotong dadu
- 1 biji bawang besaq yang dipotong dadu
- 3 sudu kecik serbuk lada hitam
- 5 ulas bawang putih
- sedikit minyak utk menumis
- 1 cawan air biasa
- bahan perisa secukup rasa
Cara – cara membuat inti Resepi Risoles Daging Cheese :
Pertama , panaskan kuali pada api sederhana dan masukkan sedikit minyak . Selepas itu , tumis bawang putih yg telah ditumbuk kasar sehingga naik bau dan masukkan daging hancur dan kacau sehingga sebati . Biarkan selama 5-7 minit supaya daging masak dengan sekata.
Kedua , Masukkan pula kentang, bawang besar dan air . Kacau sehingga sekata dan biarkan 5-7 minit . Perasakan adunan dengan serbuk lada hitam. Tunggu sehingga air menjadi kering iaitu sehingga betul-betul kering.
Barulah dimasukkan bahan perasa yang anda mahu seperti gula, garam ,atau serbuk lada sulah / lada kisar bergantung pada citarasa anda.
Ketiga , tutup api dan tuang bancuhan ke dalam bekas yang berlubang ( seperti gambar di bawah untuk biarkan minyak dan cecair mengalir keluar daripada adunan inti.
Okey , bahan utama yang diperlukan untuk membuat risoles telah pun siap , jadi langkah seterusnya adalah untuk menggulung risoles pula. Jom tengok .
Langkah 2 : Menghasilkan Risoles Untuk Resepi Risoles Daging Cheese
Bahan yang diperlukan adalah :
- Kulit Risoles dan Inti yang telah siap disediakan pada awal tadi .
- 1 biji telur
- Serbuk roti
- Keju Mozarella iaitu keju yang telah hancur. Boleh didapati di pasaraya .
Langkah demi langkah adalah seperti di bawah . Perhatikan cara lipatan dan inti yang dimasukkan jangan terlalu banyak.
Cara menggulung risoles , selepas siap digulung , celup ke dalam telur dan selepas itu golekkan di dalam serbuk roti
Inilah dia risoles yang telah siap digulung. Boleh disimpan di dalam peti ais .
Untuk menggoreng pula , hanya gunakan sedikit minyak dan goreng risoles sehingga kekuningan.
Siap untuk disediakan pada ahli keluarga dan kami jamin, rasanya pasti membuka selera anda
Risoles yang telah siap digoreng. Nyummy
Boleh tambah cilipadi kalau suka.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: daridapur