Daging masak merah memang banyak dijual di kedai-kedai makan. Tetapi jika diperhatikan kualiti yang dihasilkan di kedai makanan panas itu semakin kurang.
Mungkin kerana kos bahan mentah yang semakin mahal, cuma banyak bawang,cili dan minyak sahaja.Terpaksa mencari daging di sebalik timbunan bawang.Huh!
Jadi hari ini kami berikan dua versi resepi daging masak merah ala thai yang betul-betul memikat selera.
Daging yang direbus bersama pewarna merah kemudian digoreng sebentar dan dimasukkan perencah sesuai.
Oleh kerana rata-rata pembaca setia kami bertekak Melayu,jadi kami beri resepi daging masak merah ala Melayu.Semestinya hidangan daging yang kurang minyak dan kepelbagaian sayur yang diguna.
Tips untuk hasilkan resepi daging masak merah yang cukup memuaskan hati walau kali pertama mencuba :
1- Gunakan daging lembu dari bahagian batang pinang ( sirloin ) untuk kelembutan yang luar biasa atau top sirloin.Elakkan daging yang bercampur dengan lemak/urat.Nanti kenyal nak mengunyahnya.
2- Untuk merebus daging masak merah ini,jangan sesekali gunakan sirap.Ianya menghasilkan bau yang tidak menyenangkan.Guna lah pewarna merah 1-3 titik.
3- Cara masakan ini adalah masakan yang cepat.Sebab itu daging yang siap direbus digoreng sebentar supaya masak secukupnya terlebih dahulu sebelum dicampur dengan perencah.
Kami beri dua versi resepi daging ini untuk anda pilih dan cuba bagi dapatkan pilihan yang anda suka.
Versi 1 ini daripada Puan Nur Asyikin Jemain. Untuk makan dengan nasi putih.
Bahan Resepi Daging Masak Merah Ala Melayu
- 10 tangkai cili kering
- 3 biji bawang merah sebesar 50 sen baru
- 3 biji ulas bawang ptih
3 bahan diatas dikisar sehingga lumat dengan sedikit air
- 2 sudu makan sos cili
- 2 sudu makan sos tiram
- Kicap pekat manis
Bahan tumis
- 1 labu bwg besar
- 2 ulas bwg putih
- 3 tgkai cili merah
- 5-6 biji cili padi atau boleh guna lada capsium
- 1 batang lobak merah
Bahan Lain :
- 1 kilogram daging batang pinang
- 1-3 titik pewarna merah
- Minyak masak
Cara Buat Resepi Daging Masak Merah Sedap :
#1: Rebus daging seketul besar atau 2 ketul dengan air dan pewarna merah.Bila dah masak baru hiris nipis.Panaskan sedikit minyak dan goreng daging hingga garing pada bahagian luar.Ketepikan.
Potong sayur yang hendak digunakan dan sediakan bahan di atas.
#2: Masukkan minyak goreng daging tadi dan tumis bahan tumis sehingga sedikit layu.Masukkan bahan kisar bersama perencah dan biarkan sehingga terbit minyak sedikit baru masukkan daging.
Kacau sebati dan sesuaikan rasa daging dengan tekak.Tambah garam , gula , kicap jika perlu.Jika pekat boleh tambah air rebusan dagings sedikit.Siap untuk dihidangkan dengan tabur daup sup jika mahu.Mudah dan senang kan.
Versi 2 untuk anda yang inginkan dalam kuantiti sedikit.Biasanya untuk dicampur ke dalam Nasi Goreng USA.Kami berikan sekali resepi nasi gorengnya untuk anda ya.
Bahan Resepi Daging Masak Merah Nasi Goreng USA :
- 300 gram daging
- 1-2 titik pewarna merah
- 3 biij bawang putih diketuk
- 1/2 bawang holland dihiris
- 1 inchi halia
- 1 biji tomato
- 3 Cili padi
- 1 Cili merah besar
- 5 sudu sos cili
- Sedikit air rebusan daging
- Garam dan Serbuk Pasti Sedap sedikit
Cara Penyediaan Daging Masak Merah Nasi Goreng USA :
#1: Rebus daging seketul dengan air dan pewarna.Dah masak tos,hiris halu dan goreng sekejap.Tumis semua sayuran hingga sikit layu baru masukkan sos.Sesuaikan rasa dan tambah garam gula serta serbuk pasti sedap .
Untuk resepi nasi goreng pula, kami menggunakan nasi goreng belacan.Untuk resepi nya :
Bahan Resepi Nasi Goreng USA :
- 2 biji cili merah
- 4 biji cili padi
- 1 ibu jari belacan
**tumbuk lumat.asingkan
- 3biji bwg putih
- 3 biji bawang merah
- Sedikit udang.
- 4-5pinggan Nasi putih
- 1mangkuk Kangkung
- 2 sudu makan Sos tiram
- 2 sudu makan sos ikan
- Garam+serbuk lada hitam+ secukuprasa
Cara Buat Nasi Goreng USA :
#1: Tumiskan bahan yang di dadu hingga naik bau dan masukkan bahan yang ditumbuk sampai sedikit perang dan naik Bau.Masukkansos tiram dan kacau.
Tambah udang dan biarkan masak baru masukkan nasi putih dan sayur .Goreng hingga masak.Perasakan dengan sos ikan dan serbuk lada hitam serta sedikit garam jika perlu.
Goreng telur dan hidang bersama daging masak merah bersama nasi goreng untuk buat Nasi Goreng USA.Sedapnya kan.
Ok dua resepi dah kami beri khas untuk anda.Selamat mencuba tau resepi lengkap lagi best ni.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: daridapur