UMT perbetul fakta – Nafi makanan laut bercengkerang di Selat Melaka tercem ar

KUALA NERUS – Penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) tidak mengambil sampel kerang-kerangan sebaliknya hanya sampel sedimen, air laut, plankton, hibentos dan mikro plastik di Selat Melaka.

UMT dalam satu kenyataannya malam tadi memberi penjelasan bagi memperbetulkan fakta berkaitan penularan laporan media berkenaan isu makanan laut bercengkerang dicem ari logam berat di Selat Melaka.

Pencem aran logam berat diulas penyelidik UMT hanya merujuk kepada kesan-kesan aktiviti manusia jika tidak dikawal dengan baik sehingga mampu menyumbang kepada persekitaran marin serta spesies kerang kerangan.

Pensyarah Kanan Program Sains Marin UMT, Prof Madya Dr Ong Meng Chuan berkata, ini kerana organisma tersebut hanya mendiami habitat sama dan tidak berpindah seperti haiwan-haiwan lain seperti ikan.

“Sekiranya haiwan tersebut telah terbukti secara saintifik tidak selamat untuk dimakan, ia akan memud aratkan kesihatan manusia jika pengambilan makanan tersebut tidak terkawal.

“Penyelidik UMT tidak mengambil sampel kerang -kerangan sepanjang ekspedisi dijalankan 13 Mac hingga 7 April. Hanya sampel sedimen, air laut, plankton, hibentos dan mikro plastik sahaja di sampel di perairan tersebut.

“Malah, sampel-sampel sedimen yang diambil sepanjang ekspedisi pelayaran saintifik sempena penyertaan UMT dalam LIMA’19 baru-baru ini masih belum dianalisis secara terperinci untuk mengetahui kandungan logam berat,” katanya.

Kenyataan dibuat bagi memberi maklum balas berhubung laporan media serta penularan isu di media sosial mengenai isu makanan laut bercengkerang di Selat Melaka dicemari logam berat.

 

Dalam kenyataan sama, UMT menjelaskan penyelidik dari UMT hanya pernah menjalankan kajian kepekatan logam berat yang terdapat dalam organisma kerang-kerangan di Sungai Muar sahaja.

Empat (4) spesies hidupan laut kerang-kerangan yang diambil sampel iaitu tiram, kepah, lokan dan kerang.

Hasil dapatan kajian sampel-sampel tersebut, semua spesies itu masih selamat dimakan kerana paras kandungan logam di bawah Malaysia Food Regulation (1983), dan tidak mendatangkan muda rat kepada manusia.

Dr Ong berkata, bagi menentukan tahap pencem aran dalam spesies kerang-kerangan tersebut pula, kajian menyeluruh perlu dilakukan dan melibatkan pelbagai pihak yang mempunyai kepakaran yang diiktiraf.

“Ini bertujuan untuk mengesahkan hasil dapatan yang diperoleh adalah dipersetujui oleh semua pihak dan tidak mengabaikan kepentingan pihak-pihak yang berkaitan.

“Pihak UMT mengalu-alukan kerjasama daripada semua pihak untuk membuat kajian bersama bagi memastikan kualiti makanan laut kita terjaga dan seterusnya melahirkan masyarakat Malaysia yang sihat,” katanya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:sinarharian