Pernah dibaling telur 20 tahun lalu, Tomok maafkan si pelaku

Selepas 20 tahun, seorang warga net telah mendedahkan sesuatu yang membuat ramai terke jut.

Jejaka yang dikenali sebagai Kamarul Ariffin Nor Sadan telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Tomok dan New Boyz atas apa yang dilakukannya sebelum ini.

“OK, aku ada pengakuan nak buat pada Tomok dan Newboyz.

“Sekitar tahun 1999-2002 (tak berapa ingat), Newboyz ada buat persembahan di Plaza Kota Tinggi. Aku dan beberapa orang rakan, telah melakukan onar dengan niat sab0taj. Kami baling telur.

“Sejujurnya, aku pun tidak ada justifikasi yang kukuh untuk sabotaj kalian. Ia lebih kepada tindakan mengikut jiwa muda yang gemar memberontak, mungkin juga kerana dicabar.

“Malah, senyap-senyap, aku layan juga lagu-lagu Newboyz.

Ketika Newboyz mula dikenali, ERA (Malaysia) pun baru mula. Kalau keluar lagu Newboyz di EraFM, aku nyanyi dalam hati. Siap hafal.

“Masa itu, aku duduk SBP. Selalunya dengar radio transistor masa cuci baju dengan member-member. Jadi tak boleh nyanyi kuat-kuat.

“Kalau nyanyi kuat-kuat, nanti kena cop jiwang pula. Entah apa yang malu jika orang tahu kita ni jiwang? Aku pun tak tahu. Buat apa kita malu dengan kita diri sendiri, kan?

“Maka, bersaksikan 200,000 followers aku ni, aku dengan rendah diri dan ikhlas, aku nak mohon maaf pada kalian. Aku tahu, 20 tahun tu lama, lebih baik lambat daripada tidak langsung.

Kalau ada konsert reunion, boleh jemput saya. Pada waktu itu, saya akan relakan diri di baling telur oleh setiap anggota Newboyz,” kata Kamarul ikhlas.

Mengulas permohonan maaf terbuka tersebut, Tomok yang berkongsi perkara itu di Facebook memberitahu dia memaafkan individu tersebut.

“Buang yang keruh..ambik yang jernih..kita hanya manusia biasa tak lari dari buat kesilapan.

“Saya maafkan awak bro!,” tulis Tomok ringkas.

Baguslah Tomok tak amik hati.  Perkara yang pahit usah dikenang. Peminat tu pun dah minta maaf. Salam 0-0! 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:urtv