Nur Alya Dhania cahayamata ketiga Khai dan Rosma

Selepas lima tahun tidak berjaga malam, pasangan selebriti Khai dan Rosma bakal melalui kembali pengalaman tersebut sejurus menyambut kelahiran bayi perempuan mereka yang dilahirkan semalam.

Rosma atau nama penuhnya Rosmayati Sidik, 34, selamat bersalin anak ketiga yang diberi nama Nur Alya Dhania seberat 2.8kg di Hospital Az-zahrah, Bangi pada jam 1.48 petang.

Berita gembira itu dikongsikan Khai atau nama lengkapnya Mohammad Khairul Nizam Mohammad Wahi, 40, menerusi laman Instagramnya.

“Syukur Alhamdullillah…anak perempuan kami Nur Alya Dhania selamat dilahirkan semalam 11.04.2019 jam 1.48 petang, berat 2.8kg.

Si comel Dhania berkongsi bulan kelahiran yang sama dengan Rosma.

“Terima kasih buat Doktor Noraini dan semua pembantu di Hospital Az-zahrah Bangi di atas layanan dan bantuan semua.

“Terima kasih juga di atas doa-doa kalian semua famili, saudara mara, sahabat-sahabat dan rakan-rakan di FB & IG kami,” ujar Khai terharu menyambut orang baharu dalam keluarganya.

Menurut naib juara Akademi Fantasia musim pertama (AF1) ini lagi, bulan April memberi signifikan tersendiri buat dirinya kerana meraikan tiga tarikh istimewa dalam hidupnya.

“Dalam bulan April ada tiga tarikh penting buat saya. 11 April (hari jadi Dhania), 16 April (hari jadi Rosma) dan 26 April (anniversary kami),” kata Khai yang bakal menyambut ulang tahun ke-11 perkahwinannya dengan Rosma.

Keluarga bahagia Khai dan Rosma.

Dalam perkembangan lain, Khai dan Rosma kini giat menjalankan perniagaan berasaskan produk kesihatan dan pelangsingan badan.

Terdahulu pasangan kelahiran Akademi Fantasia musim pertama itu sudah pun dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Amzar Danish, 10 dan Nur Amani Damia, 5. 

Foto: Instagram @khai_rosma

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mhetv