Ada kedutan di hujung mata? Korang memang bertuah!!

Kedutan sering dikaitkan dengan elemen nega tif meliputi tanda penuaan yang patut dihindari agar wajah tetap kelihatan mulus dan muda remaja.Untuk itu, ada yang sanggup berhabis beribu ringgit demi menyuntik cecair penegang otot seperti botoks semata-mata mahukan penampilan kulit tegang tanpa sebarang kedutan jelas.

Namun, lain pula penemuaan sains baru-baru ini apabila mengaitkan kedutan pada mata sebenarnya merupakan satu tanda ideal yang menguntungkan bagi individu yang memilikinya!

Menurut laporan yang pernah diterbitkan portal berita dailymail.co.uk, jelas saintis dan pakar psikologi, kedutan pada penjuru mata yang turut dipanggil dengan nama “Crow’s Feet” itu sebenarnya membuatkan penampilan seseorang bertambah unik, menarik dan kelihatan bijak.


Kedutan penjuru mata yang dipanggil “Crow’s Feet”. Sumber: Pinterest

Untuk pengetahuan semua, kedutan penjuru mata “Crow’s Feet” ini akan terlihat jelas saat seseorang senyum atau bergelak ketawa.

Berpandukan hasil kajian yang diterbitkan dalam Journal of Nonverbal Behavior, “Crow’s Feet” secara amnya bukanlah kedutan yang memburukan wajah tetapi ia merupakan kedutan ekspresi yang sebenarnya menambah ‘pemanis’ pada rupa seseorang.

Senyuman kamu pastinya akan kelihatan lebih ikhlas dan tawa kamu akan nampak lebih ceria berbanding dengan orang yang senyum atau ketawa tetapi tidak memiliki garis-garis kedutan pada penjuru mata sebegini.

“Anggaplah kedutan di penjuru mata itu seperti bonus yang tidak dimiliki ramai orang dan jika kamu memilikinya, kamu adalah antara manusia paling beruntung”.

Pakar Bedah Plastik Sokong Kedutan “Crow’s Feet”
Menurut pakar bedah plastik sendiri, biasanya beliau tidak mengesyorkan pelanggannya untuk menghilangkan kedutan pada penjuru mata. Ini kerana, ia sebenarnya elemen kecantikan yang harus dibanggakan kerana, apabila usia sudah meningkat tua nanti, tanda kedutan itu akan membuatkan wajah terlihat lebih ceria dan manis.

Mereka yang memiliki kedutan di penjuru mata juga lebih senang didekati kerana personaliti mereka yang seolah lebih mesra dan positif berbanding mereka yang tidak memiliki kedutan di penjuru mata, terutamanya ketika senyum.

Jelas bahawa, senyuman milik Anne Hathaway (kiri) yang ditemani kedutan “Crow’s Feet” kelihatan lebih manis dan ikhlas berbanding senyuman milik Kylie Jenner yang tidak ditemani sebarang kedutan penjuru mata (kanan).

Meghan Markle adalah antara insan bertuah memiliki kedutan “Crow’s Feet”. See, dapat kahwin anak raja lagi! Hehe..

Kalau difikirkan logik, fungsi kedutan di penjuru mata itu memang sangat penting dalam falsafah psikologi. Sebab itulah, saintis dan pakar mempunyai nama saintifik (Crow’s Feet) untuknya. Ini menggambarkan betapa besarnya impak kedutan di penjuru mata tersebut dalam menterjemah emosi serta personaliti yang seseorang gambarkan menerusi ekspresi wajahnya.

Mungkin, kamu dah boleh say bye-bye to eye cream from now on? Hehe

Selamat beramal!

Sumber: wanista