Sesuai sangat untuk anda yang ada anak alahan kepada bahan tersebut. Jangan risau, apabila digoreng, resepi roti puri tanpa semua bahan ini tetap cantik dan menggelembung. Ada tips dan tricknnya.
Kuah pencicah yang sedap dimakan bersama roti puri ini mestilah sambal bilis, kari ayam daging ataupun dalca daging.
Cicah dengan kerutuk ayam pun sedap tau.Boleh la anda cuba nanti.
Tips membuat resepi roti puri ini senang je. Pastikan jika anda guna yis, yis tidak rosak.
Cara untuk menguji yis,masukkan lebih kurang 1/3 sudu teh ke dalam air suam sedikit dan tengok selepas 2-3 minit air suam itu berbuih atau tidak.Jika berbuih, itu tnda yis anda elok.
Tips kedua ialah selepas siap mengadun adunan roti puri, anda perlu perap adunan yang siap digentel.Ini penting supaya yis dapat bertindak balas .
Baru goreng ianya menjadi gemuk.Boleh tutup dengan plastik atau tuala basah permukaan atas bekas yang digunakan.
Tips ketiga ialah goreng roti puri dalam minyak yang banyak hingga tenggelam doh dan minyak panas.Panaskan minyak dengan api sederhana dan biar betul-betul panas baru goreng satu persatu.
Kecuali kuali anda besar boleh goreng 2-3 biji roti sekali gus.Simbah minyak dengan senduk ke atas roti puri sebelum terbalikkan.
Jom tengok versi pertama roti puri ni.
Bahan Resepi Roti Puri Sedap :
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh yis
- 1 sudu besar susu pekat
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu besar Margerin
- 1 sudu besar minyak jagung (nak guna minyak masak jenama apa pun boleh)
- 3/4 cawan air suam
Cara Buat Resepi Roti Puri :
#1: Campurkan tepung gandum, yis, susu pekat, garam, margerin dan minyak jagung. Uli hingga sekata dan berderai-derai.Masukkan air suam dan gaul rata. Uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
#2: Bulatkan kecil-kecil. Letakkan dlm bekas bertutup. Perap selama 30 minit.Lenyekkan dengan penggelek hingga nipis. Gelekkan semua adunan siap-siap supaya mudah untuk menggoreng.
#3: Panaskan minyak. Minyak kena banyak dan api sederhana.Masukkan adunan yang telah dilenyek tadi. Goreng satu per satu.Masa menggoreng, kena simbah-simbahkan minyak ke atas roti. Bila sudah kembung, baru terbalikkan. Masak hingga kekuningan dan angkat.
Boleh la cicah dengan pencicah kegemaran anda.
Untuk versi kedua roti puri ni, ianya tidak menggunakan yis,telur atau baking powder.Boleh la cuba yang ni sebab ringkas kan.Tapi tetap lembut dan elok gelembungnya.
Anda boleh frozenkan roti puri ni.Lepas siap lenyek, alaskan dengan sekeping plastik di bahagian bawah dan ulang langkah.Macam lapisan daging burger tu. Untuk elak melekat.Simpan dalam freezer.Nak makan nanti goreng je kan.
Bahan Resepi Roti Puri :
- 500 gram tepung gandum
- 270 milimeter (ml) air suam
- 2 sudu makan minyak masak
- 1 sudu makan garam
Cara Penyediaan Resepi Roti Puri :
#1: Uli dalam 5 minit hingga doh licin dan tidak melekat di tangan, bulatkan kemas dan canai nipis. Goreng dengan api sederhana. Minyak banyak hingga tenggelam doh.Simbah minyak ke atas roti sebelum terbalikkan.
#2: Separuh adunan yang siap dicanai boleh disimpan mengikut cara di atas ea.Untuk pencicah, boleh cuba resepi potato masala ini.
Bahan Resepi :
- 3 biji kentang potong dadu direbus terlebih dahulu
- 1 sudu teh halba campur
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Garam dan perasa
- 4 tangkai Cili kering digoreng
- 1 tangkai Daun kari digoreng ( kalau takde, ganti dengan daun kerumbar)
- Sedikit halia diketuk
- 1 biji bawang merah dimayang saiz 50 sen lama
- 1/3 cawan air
Cara Penyediaan Kentang Masala :
#1: Tumis bawang dan halba campur sehingga naik bau dan barulah masukkan semua bahan lain kecuali daun kari dengan cili kering. Masak hingga kentang sebati dan sesuaikan rasa. Akhir sekali masukkan daun kari dan cili kering yg telah digoreng.
Memang best makan roti puri pagi-pagi kan.Selamat mencuba.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: silarasa