Dipisahkan 2 Benua Selama 25 Tahun, Pemuda Ini Akhirnya Kembali Ke Pangkuan Keluarga Dengan Bantuan Google Earth!

Seorang anak yang berpisah dengan keluarganya sejak tahun 1986 atau sekitar 25 tahun, berjaya kembali ke rumah dengan bantuan Google Earth.

Meski kisah berikut ini tampak seperti didalam sebuah filem namun ini adalah kisah nyata. Seorang bernama Saroo Brierley bercerita kepada media CNet tentang kisahnya tersebut.

Pada hari kejadian, Saroo yang ketika itu baru berumur 5 tahun telah pergi ke stesen keretapi bersama abangnya. Oleh kerana kepenatan, Saroo tertidur di dalam sebuah gerabak keretapi dan mengetahui bahawa dia telah terpisah dengan abangnya hanya selepas 14 jam!

Saroo terdampar di daerah sekitar Calcutta, India. Dia yang tidak tahu jalan pulang, memutuskan bertahan hidup di tempat itu.

Awalnya, Saroo tinggal di jalanan dan mengemis. Akhirnya ia diambil oleh jabatan kebajikan dan diambil menjadi anak angkat oleh sebuah keluarga yang berasal dari Australia.

Meski dibesarkan dalam keluarga yang memberikan kehidupan layak kepadanya, Saroo tetap berkeinginan untuk menemukan keluarga asalnya.

Saroo akhirnya memutuskan mencari lokasi tempatnya pertama kali terdampar, dengan menggunakan applikasi Google Earth.

Dari situ dia mengira 14 jam perjalanan kereta api dengan kecepatan rata-rata kereta api di India, untuk menentukan seberapa jauh ia melakukan perjalanan malam itu.

Setelah itu, Saroo melakukan navigasi ke berbagai arah untuk menemukan tempat asal dia melakukan perjalanan kereta api. Akhirnya dia menetapkan bahawa Khandawa adalah kota yang dicari.

Berikut ini adalah tampilan Google Earth dari Khandawa dan air terjun yang ditemukan Saroo.

Google Earth

Saroo kemudian melangkahkan kakinya untuk mengunjungi Khandawa.

Meski tidak berapa pasti nama tempat tinggal asalnya, Saroo tetap berusaha bertanya kepada warga sekitar bermodalkan nama orang tuanya.

Saroo juga telah menjumpai air terjun yang sering dikunjunginya ketika masih kecil bersama abangnya. Hal inilah yang meyakinkannya Saroo bahawa kota tersebut merupakan tempat asalnya.

Pencarian Saroo berhasil apabila terdapat seorang penduduk yang kenal dan akrab dengan ibunya.

Saroo dibawa oleh warga tersebut ke kediaman terkini keluarganya.

Pada awal bertemu, Saroo tidak mengenali ibunya. Ibunya juga tertegun dan terdiam dengan kemunculannya kembali secara tiba-tiba.

“Orang tua saya seperti melihat hantu kerana anaknya yang sudah menghilang 25 tahun, muncul kembali,” ungkap Saroo.

Berdasarkan cerita ibunya, abang Saroo telah mening gal dunia dan tubuhnya ditemukan di rel keretapi pada hari kejadian Saroo didapati hilang.

 

Jerih perih Saroo dalam usaha menjejaki keluarganya telah diabadikan dalam sebuah filem berjudul Lion, yang ditayangkan pada tahun 2016 lakonan Dev Patel dan Nicole Kidman sebagai teraju utama.

Kenapa ‘Lion’? Kerana nama Saroo itu sendiri yang membawa maksud ‘Lion’! 

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:tekno.kompas