Shamsul Ghau Ghau diberi kad tauliah oleh MAIS

PELAKON dan pelawak, Shamsul Ghau-Ghau atau nama sebenarnya Shamsul Azahar Aliddin berkongsi berita gembira apabila sudah diberikan kad tauliah oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Kad tauliah kategori D3 itu adalah tauliah mengajar Al-Quran dan Shamsul kini dibenarkan mengajar di sekitar Selangor.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua kawan-kawannya yang mengajar dan mendidiknya.
Kini lebih selesa disapa sebagai Pak Su, penghibur itu juga menyatakan tauliah ini sebagai bukti bahawa Al-Quran masih boleh dipelajari tanpa mengira usia.


Beliau juga menyatakan mana-mana pihak yang sudi menjemputnya untuk menghadiri program motivasi boleh terus menghubungi beliau atau isterinya.

Sementara itu, rata-rata pengikut Instagram meluahkan rasa bangga dengan berita gembira itu dan tidak kurang juga yang meluahkan hasrat untuk belajar mengaji bersama Shamsul.

 

 

Sumber: awani