Noor Khiriah Tegur Penonton Nur 2

Kekuatan jalan cerita dan pemilihan para pelakon menjadi faktor drama Nur mendapat sambutan hangat daripada penonton dan terkini, sequealnya juga memberi bayangan positif.

Kali ini, Nur 2 menampilkan scene dan karakter yang lebih ‘daring’ sekaligus membuatkan penonton juga mudah berasa geram dan terbawa-bawa dengan emosi.

Oleh itu, pelakon Noor Khiriah yang memegang watak sebagai Aishah dalam drama tersebut menasihati orang ramai agar tidak terlalu taksub dengan drama Nur 2.

Menerusi laman Instagramnya, Khiriah tidak menolak wujud wanita yang berperangai seperti watak Aisyah, namun penonton harus bijak mengawal emosi serta tutur kata agar tidak mengumpul dosa kering ketika menonton drama berkenaan.

Lantas, entry yang dimuat naik Khiriah itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Nur 2 bersiaran setiap Isnin hingga Khamis di TV3 bermula jam 10 malam.

Apa pun, semoga penonton memperoleh pengajaran berguna daripada drama Nur 2 dan dijadikan teladan.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: koolfm