Hanif enggan komen isu rumahtangga

Penyampai radio ERA, Hanif Hamzah menyatakan tidak akan mengeluarkan kenyataan sendirian mengenai statusnya bersama isteri, Wan Nor Katherina.

Namun begitu Hanif akui ahli keluarga dan rakan terdekat sudah mendapat penjelasan dari pihaknya.

“Hubungan kami telah saya jelaskan kepada keluarga dan rakan terdekat saya.

“Saya lebih selesa meninggalkan kenyataan seperti itu dan akan mengeluarkan satu kenyataan bersama nanti.

“Kalau pasal kerja, saya akan jawab. Namun kalau soalan peribadi, kami tidak akan keluarkan kenyataan sendirian disebabkan kami mempunyai anak,” katanya kepada Gempak.

Hanif ditemui ketika Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME2019) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil yang lalu.

Tambah Hanif dia berharap semua orang memahami dengan situasinya yang mempunyai dua orang anak, Tuah Khaliff dan Jebat Khaliff.

“Saya harap semua orang memahami dengan keadaan kami yang mempunyai anak yang bersekolah.

“Kami tidak mahu terlalu luas pandangan orang bercerita,” katanya lagi.

Hanif berjaya merangkul sebuah trofi menerusi kategori Program Radio MeleTOP, JoHaRa Pagi Era bersama Johan Raja Lawak dan Ray.

 

AME2019 dihoskan oleh Neelofa, Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu telah berlangsung dengan meriah.

AME2019 menobatkan Khai Bahar dan Siti Nordiana sebagai pemenang Top Top MeleTOP Lelaki & Wanita pada edisi penganjuran kali ini.

Bertemakan Glam, AME 2019 bersiaran secara langsung pada jam 9.00 malam dan disiarkan di saluran Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Ria HD (123) dan Maya HD (134).

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:gempak