Ini puncanya kenapa majikan ini sanggup sewa satu pawagam untuk pekerjanya menonton Avengers!

Manusia ni memang selalu nak buat benda yang dilarang. Sebabtu walaupun dah ramai orang beri amaran, ada je orang yang gatal tangan nak spoil cerita dekat media sosial kan?

Salah satu cara nak elakkan dari tengok spoiler adalah dengan tutup media sosial dan jadi orang yang terawal tengok movie, sama lah macam apa yang syarikat dari Hong Kong ini lakukan.

Menurut World Of Buzz, semalam seorang majikan telah book satu hall wayang untuk tengok Avengers sebab dia risau pekerja dia akan spoilkan movie tersebut. Haha sanggup tau.

Ooo..rupanya disebabkan pekerja-pekerjanya memerlukan media sosial untuk bekerja, jadi mereka ni berkemungkinan bila-bila masa je boleh ternampak spoiler Avengers.

Makanya  bos mereka yang sporting ini buat kejutan dengan bawak semua pekerja-pekerjanya menonton wayang pada waktu bekerja. Ini betul punya sporting nih! 

Kira macam win-win situation! 

“Ini bukan sebahagian dari benefit syarikat kami, tapi ini cara kami sesuaikan diri dengan situasi. Kerana kami perlu gunakan Facebook, Instagram dan WeChat untuk bekerja, kami berisiko untuk terlihat spoiler Avengers: Endgame.

“So, pagi ni masa kami sedang bekerja, bos setuju untuk book satu hall dan tengok movie ini untuk elakkan spoiler.”

Posting syarikat ini telah berjaya menarik perhatian netizen yang menyampaikan rasa kagum dorang dengan tindakan bos ini. Siap ada yang minta kerja lagi.

“Untungnya dorang! Saya siap kena mintak cuti lagi nak tengok cerita ni. Tu pun bos dah pandang semacam.”

Jadi sedikit pesanan buat korang yang dah tengok Avengers tu, tolonglah jangan spoilkan dekat media sosial.

Kesian yang tak tengok lagi tu. Ok!

 

 

 

Sumber:LobakMerah