Sederhana Tapi Meriah, Foto Sekitar Majlis Akikah & Kesyukuran Anak Lana Nordin

Pelakon Lana Nodin mengadakan majlis akikah dan kesyukuran untuk anak kedua, William Daud McKienzie yang dilahirkan Disember lalu setelah anaknya itu sembuh selepas menjalani pembedahan akibat masalah injap pada Februari lalu.

Mengenakan warna yang sedondon bersama keluarga iaitu peach, majlis itu berlangsung meriah dengan kehadiran ahli keluarga, rakan terdekat dan juga pihak media.

Berikut antara gambar yang dikongsikan di sekitar majlis berkenaan di laman Instagram miliknya;

Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nodin berkahwin dengan Mohd Daud Mckinzie pada 15 Mei 2015 dan dikurniakan anak sulung, Gia Quinn McKienzie yang berusia 2 tahun.

 

 

 

 

Sumber:PetuaDanResepiBonda