Perompak ‘batal niat’ lepas tengok rumah terlalu bersepah

Siapa sangka rumah yang berselerak dan bersepah boleh menyelamatkan rumah daripada dirompak?

Itu yang terjadi di Simpang Ampat, Pulau Pinang pada 24 April lalu apabila dua orang penyamun membatalkan niat mereka untuk merompak kerana menyangka rumah tersebut telah dipecah masuk.

 

Dalam kejadian yang berlaku pada 1 petang itu, kedua-dua penyamun dikatakan keliru dengan keadaan rumah yang bersepah dimana barangan dalam rumah itu berselerakan di ruang tamu dan diatas tilam. Tidak cukup dengan itu, perabotnya juga tidak tersusun dengan baik.

perompak tak jadi rompak rumah di penang ini sebab terlalu sepah

Menurut pemilik rumah berkenaan, Ang, 77, melihat sebuah kereta putih diletakkan dihadapan rumahnya sebelum terserempak dengan kedua-dua pencuri yang melarikan diri.

Pencuri terbabit sempat bertanyakan pada Ang, “Ini rumah awak ke”, sebelum mereka melarikan diri.

perompak tak jadi rompak rumah di penang ini sebab terlalu sepah

Menurut Ang, ini bukan pertama kali rumahnya dipecah masuk kerana ia telah berlaku beberapa kali sebelum ini.

Ang juga tidak suka mengemas barang dan tidak menyimpan barangan berharga di dalam rumahnya.

 

 

 

Sumber: World of Buzz

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: eraje