“Kafe Sampah” tanda sokongan pada alam sekitar

MAS ALAH pencem aran alam sekitar di kebanyakan negara di dunia semakin membimbangkan termasuklah di rantau Asia.

Lebih mengece wakan setiap hari semakin banyak sampah yang terapung atau dibawa arus ke pesisiran pantai, menimbulkan pemandangan yang kurang enak gara-gara sikap segelintir pihak tidak bertanggungjawab.

Namun, di sebalik ma salah yang tiada berkesudahan itu timbul pula idea di kepala seorang usahawan di Kemboja untuk membuka sebuah kafe yang diberi nama Rubbish Cafe (Kafe Sampah).

Pemiliknya Ouk Vanday, 32, mempunyai misi jelas – bukan sahaja untuk meraih keuntungan daripada perniagaan itu tetapi juga mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang pentingnya menjaga alam sekitar.

Kafe milik Ouk sangat menarik apabila ia dibina menggunakan kayu terbuang selain barangan kitar semula lain seperti tin dan botol yang dijadikan sebagai dinding.

Terletak di pinggir Phnom Penh, papan tanda kafe itu juga dibuat menggunakan daun yang telah gugur.

“Besar mesej cuba saya sampaikan kepada masyarakat dan peniaga lain… dalam kita membuat keuntungan cuba juga lihat impak disebabkan sampah sarap yang kita buang sesuka hati.

“Fikirkan bagaimana ia boleh memberi kesan bukan sahaja kepada manusia tetapi alam sekitar,” kata Ouk yang juga bekas pengurus sebuah hotel.

Menariknya mengenai kafe ini, pelanggan boleh memilih untuk membayar RM6 untuk segelas kopi atau membawa 100 cawan plastik atau bahan terbuang lain sebagai bayaran.

Bahan kitar semula itu akan dikumpul Ouk untuk pembinaan kafe dan projeknya yang lain.

Dianggarkan sebanyak lapan juta tan plastik ditemui dalam lautan setiap tahun di Indonesia, Filipina, Vietnam dan Thailand menerusi laporan dikeluarkan oleh Ocean Conservancy pada 2015.

Sumber:Mstar

Facebook Comments