“Tak ada boyfriend takpa, tapi saya dapat nampak 4 ..” – Najwa Latif Buktikan Walau Putus Cinta, Tapi Mampu Dapat 4 Flat Peringkat Master!

Penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif berkongsi khabar gembira apabila lulus cemerlang 4 flat dalam peringkat sarjana.

Kejayaan Najwa itu membuktikan dia tidak pernah berputus asa walaupun pernah hampir menamatkan persekolahan ketika belajar di tingkatan empat suatu ketika dahulu.

“Siapa sangka gadis ini yang pernah cakap ‘Wawa nak kerja ma. Wawa tak nak sekola dah, Wawa tak nak belajar’ ketika tingkatan empat dulu akhirnya mendapat keputusan akhir master.

“Perkara terbaik yang berlaku (semalam) apabila saya menghubungi ibu saya memberitahu keputusan saya, ibu saya gembira dan saya menangis.

“Apabila orang cakap saya tak mampu melakukannya, saya percaya mereka dan saya bukan jenis yang akan membuktikan saya yang terbaik pada semua orang tetapi saya berusaha sedaya mampu,” tulisnya menerusi akaun Instagramnya.

Perkara itu sekali gus membolehkan Najwa bergraduasi pada tahun ini.

Tambahnya, dia pernah melalui peristiwa putus cinta ketika sedang menyambung pelajaran dalam bidang sarjana namun kembali bangkit mengejar cita-citanya.

“Saya putus cinta ketika menyambung master. Itu menerangkan segalanya tentang saiz badan saya yang anda selalu sangat disebut-sebut tu.

“Tapi, Tuhan berikan peluang untuk bernafas dan cuba jadi lebih baik lagi, keluarga yang percaya saya ketika saya tak percayakan diri sendiri.

“Ketika saya menulis tentang perkara ini, saya tidak ada boyfriend lagi apabila kawan-kawan saya ada yang sudah ada boyfriend, tunang, kahwin, ada anak. 

“Tapi berkat doa semua orang, saya habis master, graduasi tahun ini insya-Allah.

Jadi, tak ada boyfriend takpa, tapi saya dapat nampak 4 untuk pertama kali dalam hidup ni,” tulis Najwa yang turut melayangkan ucapan penghargaan dan terima kasih buat keluarga, sahabat dan pensyarahnya.
 

 

 

Who would have thought this girl yang pernah cakap dekat mama “wawa nak kerja ma. Wawa taknak sekolah dah. Wawa taknak belajar” time form 4 dulu ended up dapat result sem last master dia yang dia dapat today. The best thing yang happened this morning was I called my mom and told her about my results, she said “alhamdulillah. Thank you wawa. Mama happy.” I crryyyy. Bila everyone cakap I won’t make it. I believe them and wawa bukan jenis nak prove I’m best dekat semua orang. But, I work with what I have. Fortunately, I have my family, abang azahari (my best manager), my good friends yang believe and encourage me to finish whatever that I’ve started. They also remind me to have fun dalam buat apa wawa buat. Wawa putus cinta time master. That explains my weight yang korang banyak sangat sebut tu. 🙄 Tapi korang nak tahu apa Tuhan bagi lepastu? Peluang untuk bernafas and cuba jadi lebih baik lagi. Family yang percaya pada wawa when wawa takpercaya diri wawa. Kawan kawan yang sangat sangat baik (terima kasih tolong, reply whatsapp bila wawa tanya pasal project paper even pukul 1, 2 pagi). Supervisor yang paling cool dalam dunia ni (Dr Rashid, if you’re reading this, thank you!). Students yang banyak perangai tapi best. (thank you for helping me to see life as fun as it is) You see, when you feel like banyak benda you dah plan takjadi, have faith. Allah tahu yang terbaik. Look around. Bersyukur. Usaha cari. Banyak nikmat Allah bagi. Kita nak nampak atau tak je. Kalau semua orang rasa korang takcukup bagus for them, you don’t have to prove to them. Prove to yourself that you are enough. While I’m writing this, wawa masih takda boyfriend lagi when kawan kawan wawa ada yang dah ada boyfriend, tunang, kahwin, ada anak. Tapiii guess what? Berkat doa semua orang, wawa habis master, grad this year In shaa Allah. Soo, takda boyfriend takpa, tapi wawa dapat nampak 4 for the first time dalam hidup ni. Heheheheh. Alhamdulillah. I know I rarely say this tapi Mama, Ayah, Wawa harap I make you proud this time. Walaupun cuma dari jauh. Thank you sebab selalu doakan wawa. 😊 #captionwawapendekjegradnanti #tahuannoyinggilabacaessaycamni #donejadihater

A post shared by OfficialNajwaLatif (@njwalatif) on

Najwa menyambung pengajian dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua di Universiti Malaya sejak dua tahun lalu.

Sebelum itu, Najwa bergraduasi dalam jurusan sama dari Universiti Antarabangsa Unitar pada 2017.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: gempak

Facebook Comments