Kelebihan memiliki pipi tembam yang ramai wanita tak tahu

Seiring dengan perkembangan arus semasa, ramai wanita zaman kini gemarkan bentuk wajah yang tirus dan nampak langsing.

Terutama bagi gadis-gadis sunti yang berada dalam lingkungan 20-an, bentuk wajah cengkung dan tirus lebih diminati berbanding pipi yang bulat atau lebih dikenali sebagai pipi yang tembam.

Mungkin masih ramai yang belum mengetahui akan keistimewaan bagi si pemilik pipi tembam berbanding pipi yang cengkung dan rahang yang tirus.

Tahukah anda, memiliki pipi yang tembam boleh memberikan banyak kelebihan kepada si pemiliknya yang harus dibanggakan.

Berikut merupakan antara sebab mengapa anda harus memiliki pipi tembam.

1. Kelihatan lebih muda

Memiliki pipi yang tembam juga adalah disebabkan faktor keturunan juga. Bagi ibu bapa yang memiliki pipi tembam, sudah pasti anak-anak mereka memiliki kelebihan tersebut. Cuba anda tatap wajah ibu ayah anda yang mempunyai pipi yang tembam, sudah pasti mereka kelihatan lebih muda dari umur sebenar mereka bukan?

2. Melambatkan penuaan

Memiliki pipi yang tembam juga boleh melambatkan penuaan disebabkan pipi yang penuh dan bulat. Malah kesan kedutan juga boleh disembunyikan berbanding yang memiliki pipi yang lebih tirus. Haa, best kan?

3. Lebih kelihatan feminin

Menurut kajian, lelaki sangat gemar akan wanita yang memiliki pipi yang montel ataupun tembam oleh kerana mereka akan nampak lebih comel dan nampak sangat feminin.

4. Mudah didekati

Kebanyakan wanita yang berpipi tembam adalah sangat mudah didekati oleh semua orang. Itu disebabkan mereka memiliki sifat yang mudah mesra dan ramah dengan sesiapapun. Mereka juga mengikut logik akal.

Wanita yang memiliki pipi tembam nampak lebih sopan dan lemah lembut berbanding wanita yang berpipi tirus.

5. Pandai menyembunyikan emosi

Ketika sedang mengalami permasa lahan ataupun sedang bersedih, sudah pasti amat mudah bagi mengesan emosi nega tif.
Namun bagi wanita yang memiliki pipi yang tembam akan membuat wajah anda nampak natural secara semulajadi dan nampak riang setiap masa.

Walaupun anda tidak tersenyum, dipenglihatan orang lain anda masih saja nampak comel dan manis sekali.

6. Mudah dikenali

Paling digemari adalah, wanita yang berpipi tembam akan mudah dikenali hanya sekali pandang sahaja. Menurut sains, kita akan mudah mengenali seseorang itu dari karakter ataupun dari bentuk wajah yang nampak babyface.

Jadi buat mereka yang berpipi tembam, jangan sedih kerana anda sememangnya comel.

Tapi bagi min, yang paling penting perangai tu. Jaga diri, hiasi peribadi. Baru semua nampak elok!

Sumber:Bukanaku