Kelebihan membaca surah Al-mulk setiap hari

Terdapat surah di dalam kitab suci al-Quran sekiranya diamalkan, maka orang yang membacanya, apatah lagi dapat menghafaznya akan terlepas daripada az ab kubur.

Surah yang dimaksudkan adalah Surah Al-Mulk yang mengandungi 30 ayat. Surah itu juga disebut sebagai At Tabaarak yang bermakna Maha Suci.

Kerana itu baginda Nabi SAW menyarankan umatnya supaya tidak meninggalkan bacaan al-Quran pada setiap hari.

Hati orang yang membaca al-Quran akan sentiasa tenang, dijauhi daripada bisikan syaitan serta dirinya turut dihormati.

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Al-Quran mengandungi satu surah terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan mensyafaati pembacanya sehingga dia diampunkan iaitu Tabarakallazi biyadihil Mulk.” (Riwayat Abu Dawud, Ahmad, at-Tirmizi, Riyadh as-Salihin oleh Imam Ahmad)

Antara az ab kubur itu, didatangkan kepada manusia dua malaikat yang sangat be ngis iaitu Munkar dan Nakir.

Sekiranya manusia melihat wajah malaikat azab itu, mereka akan pengsan. Di tangannya ada besi penukul dan apabila dihayun tukul itu, nescaya akan hancur semua gunung yang ada di atas muka bumi ini.

Bagaimanapun, bagi mereka yang menjadikan Surah Al-Mulk sebagai bacaan harian, di kubur kelak ia akan menjadi penghalang pengamalnya daripada dise ksa.

Di dalam kubur, orang yang meni nggal dunia akan didatangi malaikat aza b bermula di kakinya untuk memberi huku man.

Saidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al-Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan daripada Allah SWT di dalam kuburnya. Bila az ab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada Surah Al-Mulk.”

Sekiranya seseorang itu selamat daripada se ksaan di alam barzakh, dia juga selamat untuk menghadapi permulaan akhirat yang lebih besar dan dahsyat.

Jika seseorang itu sudah menerima se ksaan di alam barzakh, maka sudah pasti dia juga tidak akan selamat menghadapi kecel akaan lebih besar menunggunya selepas itu.

Maka dengan sebab itulah , Rasulullah SAW mengajarkan kita beberapa cara untuk selamat dan selesa ketika berada di alam barzakh, antaranya dengan membaca Surah Al-Mulk pada setiap malam.

Sebelum tidur, pastikan kita ambil sedikit masa untuk membaca Surah Al-Mulk. Dengan harapan apabila biasa melazimi bacaan Surah Al-Mulk dan ditakdirkan kita men inggal dunia, Allah SWT akan mengampuni segala dosa serta mengharumkan perkuburan kita menjadi sebahagian taman daripada taman syurga.

Sebagaimana diriwayatkan oleh Jabir r.a bahawa sudah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca Tabarakallazi biyadihil Mulk dan Alim Lam Miim Sajadah. (Ahmad, Tirmizi dan Darimi)

Setiap orang beriman tidak boleh memandang ringan perihal di alam barzakh yang bakal mereka lalui satu masa nanti.

Persediaan itu wajib dilakukan. Jaga setiap tingkah laku serta pertuturan seharian kita supaya terhindar daripada mendapat pengakhiran yang bu ruk.

Abu Darda berkata, “Tiga perkara yang membuat aku ketawa dan menyebabkan aku menangis. Tiga perkara itu ialah orang yang mengejar dunia padahal kema tian sedang mengejarnya, individu yang ketawa terbahak-bahak, tetapi dia tidak tahu adakah Tuhannya reda kepada-nya atau memur kainya dan individu yang lalai padahal Allah tidak pernah lalai kepadanya.”

Rasulullah SAW juga mengajar untuk mengamalkan satu doa bagi memohon perlindungan dan az ab kubur iaitu “Allahumma inni a’uzu bika minal ‘ajzi wal kasali wal jubni wal harami wal bukhli, wa’auzu bika min ‘azabil qabri wa ‘auzu bika minfitnatil mahya walmamati” bermaksud: “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kelem ahan, malas, penakut, pelupa, bakhil dan aku berlindung dengan-Mu daripada se ksa kubur dan fitnah hidup dan ma ti.”(Hadis Riwayat Muslim)

Sumber:BHarian