Ajaibnya kesan pelukan suami boleh buatkan isteri kurus!

Adakah anda tahu bahawa:-

✔ Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk.

✔ Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merim askan.

✔ Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.

✔ Pernah seorang kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya.

✔ Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

✔ Walaupun ia mungkin benar dari sudut psikologi, tetapi dari segi fisiologi nya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.

Maka wahai suami…..

1. peluklah isteri
2. belai lembut rambutnya
3. sentuh wajahnya
4. gosok lembut lengannya
5. kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya
6. gosok lembut punggungnya
7. sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Bagaimana pulak pelukan suami tu boleh buat isteri kurus?

Menurut kata Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada pelbagai kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami antaranya:

Pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap.

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Ini kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sa kit dan mengurangkan keresahan.

Selain itu pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Jadi apa kata mulai hari ni , kita pakat-pakat minta suami peluk sekejap. Tak pun kita je la pi terkam peluk suami tapi kena tengok timing la jugak kan, kalau tak nanti ada dikatanya kita ni buang tebiat pulak.

Paling tidak pun lepas kita salam dan suami kiss sebelum keluar rumah pi kerje tu, minta dipeluk sekejap,

InsyaAlaah lama-lama bila diamalkan ada perubahan sikit dalam hubungan rumah tangga.

Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya.

Credit : Dr. Amirul Amin

Rupanya Kalau Isteri Demam Kuasa Penyembuhan Itu Allah Bagi Pada Tangan Seorang Suami

Bukan nak makan ubat sangat pun tapi bila kaum isteri demam dia cuma harapkan suami tersayang ambil berat tentangnya atau paling tidak temankan dia makan bersama.Itulah tandanya dia sangat dahagakan kasih sayang suami, nak suami belai dan mesej tanya khabar waktu dia sakit.

Andai suami gagal uruskan sudut ini, maka berkecailah rasa cinta perlahan-lahan dan sampai satu tahap rasa macam suami dah tak sayang!

Allah… itu yang kita kena jaga dan untuk ketatkan rasa sayang dalam hubungan rumah tangga, jemput baca cara merawat isteri demam oleh Abu Hurairah Asifa, yang dikongsikan di status Facebooknya baru-baru ini…

Jika isteri demam, ambillah sedikit masa untuk kita merawatnya.Sebab kuasa penyembuhan itu, Allah ada berikan pada tangan seorang Suami.

Jangan biasakan beri panadol semata-mata, melainkan keadaankan tak mengizinkan kita untuk merawatnya.

Cara merawat Isteri demam
1. Pegang kepalanya, baca Al Fatihah dan niatkan untuk supaya Allah buangkan bisa badannya serta panasnya.

2. Niatkan juga moga Allah ampunkan dosanya. Allah surutkan demamnya. Buat dengan penuh kasih sayang.

3. Buatkan bubur nasi. Kacang goreng pedas je. Basuh beras, letak air, buka api, tunggu sampai nasi menjadi bubur. Nak power, letak isi ayam, daging ke, sayur karot skit. Atau paling akhir atau paling malas, sila ke Mcd dan beli saja bubur ayam kat situ.

4. Buat air penyejuk badan. Rebus Barli. Beli kat speedmart banyak. 60sen je sebungkus. Rebus dan ambil air, buh gula skit sekali dengan lemon. Lagi rajin buh gula batu, kurma cina, kembang semangkuk. Minum suam-suam, insyaAllah segala kepanasan akan keluar.

5. Yang penting, usaha. Isteri perlukan perhatian. Bukanlah kita nak jaga dia hari-hari, cuma saat dia demam itulah, hari isteri nak lihat kasih sayang kita sebagai Suami.

Kalau macam ngade sangat, tonyoh je lemon kat muka isteri bagi segar.

 

 

Sumber:Realmerah.com

Facebook Comments